KUSKOP sasar RM1.6 juta jualan sempena Program Jualan Madani Raya 2024

Published by

on

Putrajaya – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM1.6 juta nilai jualan sepanjang Program Jualan Madani Raya (PJMR) KUSKOP 2024.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, program bertujuan menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

“PMJR 2024 kali ini menyediakan 60 reruai jualan dengan penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi yang menawarkan pelbagai barangan keperluan persiapan Aidilfitri dan keperluan harian.

“Bagi membantu meringankan beban rakyat, kadar harga diskaun sehingga 20 peratus telah ditawarkan pada kali ini,” katanya.

KUSKOP yakin program seumpama ini berupaya meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Jelasnya lagi, program yang dianjurkan bermula 08 Mac hingga 9 April 2024 ini dijangka seramai 300,000 pengunjung akan hadir sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024 yang berlangsung di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya.

Jelasnya lagi, dalam tempoh 2 minggu pertama program ini telah mencapai pengunjung 44,212 orang dengan nilai jualan RM415,800.

Beliau juga berharap peranan media dapat membantu menyebar luaskan maklumat mengenai program agar usahawan-usahawan yang berniaga dapat menjana pendapatan yang baik.

Turut hadir, Timbalan Menteri KUSKOP, Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad dan Koperasi dan Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fatah Abdullah.

Dalam masa sama, sesi walkabout turut melancarkan ‘sesi happy hour’ dengan tawaran diskaun harga barangan sehingga 30% dan juga penyampaian cabutan hadiah bertuah kepada pelanggan.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.