4bbd5af1b84a06e3

Kuala Lumpur – Seiring dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, platform pelancongan dalam talian terkemuka Trip.com telah mendedahkan pertumbuhan luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam tempahan perjalanan di seluruh Malaysia semasa tempoh perayaan tersebut. Melalui analisis data dari 9 April hingga 13 April 2024, Trip.com telah melihat lonjakan yang luar biasa dalam perjalanan domestik dan antarabangsa yang menyerlahkan pemulihan yang ketara dalam industri pelancongan Malaysia. Dari segi jumlah tempahan keseluruhan[1], Kuala Lumpur menyaksikan peningkatan yang luar biasa sebanyak 113% tahun ke tahun manakala Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara tahun ke tahun pada aras 62% dan 89%.

Tempoh Hari Raya Aidilfitri tahun ini menyaksikan lonjakan luar biasa dalam permintaan untuk melakukan perjalanan. Buktinya dapat dilihat dalam pertumbuhan kukuh tempahan penerbangan merentas destinasi utama dalam Malaysia. Tempahan penerbangan domestik ke Kuala Lumpur menyaksikan peningkatan yang mengejutkan pada aras 99% berbanding tempoh Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Tempahan penerbangan domestik ke Pulau Pinang juga turut melonjak dengan ketara sebanyak 131%. Sementara itu, Kota Kinabalu mengalami peningkatan sebanyak 81%.

Sambungan penerbangan antarabangsa juga menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dengan peningkatan 94% untuk penerbangan ke Malaysia dari Singapura. Walau bagaimanapun, lonjakan yang memecahkan rekod dapat diperhatikan dalam tempahan penerbangan dari Indonesia ke Malaysia. Peningkatan 33 kali ganda dalam tempahan penerbangan menandakan minat yang semakin meningkat dalam perjalanan rentas sempadan di rantau ini.

Trend peningkatan perjalanan yang dibuat oleh orang ramai diteruskan dengan lancar dalam tempahan hotel yang menyerlahkan semangat holistic pelancong untuk bersantai dan berehat. Tempahan hotel domestik Trip.com untuk Kuala Lumpur meningkat sebanyak 57% dan Pulau Pinang pula mengalami peningkatan sebanyak 24%, manakala Kota Kinabalu menyaksikan lonjakan sebanyak 62%. Tempahan hotel antarabangsa ke Malaysia dari Singapura meningkat sebanyak 69%. Rekod ini seterusnya menekankan tarikan negara Malaysia sebagai destinasi pelancong serantau. Selain itu, tempahan hotel dari Indonesia juga melonjak sebanyak 316%.

Dari segi jualan, Nilai Dagangan Kasar (GMV) untuk semua tempahan mempamerkan pertumbuhan memberangsangkan dan seterusnya menjadi bukti bahawa suasana perjalanan Malaysia yang berkembang pesat semasa tempoh Hari Raya Aidilfitri. GMV Kuala Lumpur meningkat sebanyak 117% dan memperkukuh kedudukannya sebagai penjana hasil utama dalam sektor pelancongan. Pulau Pinang menyaksikan lonjakan besar GMV sebanyak 78%, manakala Kota Kinabalu mengalami peningkatan sebanyak 162%. Pertumbuhan ini mencerminkan ekonomi pelancongan yang memberangsangkan di rantau ini. Malaysia pula secara keseluruhannya menyaksikan lonjakan yang luar biasa dalam GMV sebanyak 97%. Lonjakan ini menggariskan kejayaan kolektif industri pelancongan di seluruh negara.

Selepas diminta untuk mengulas tentang hasil yang luar biasa ini, Cik Stephane Thong, Pengurus Besar, Trip.com Malaysia, berkata: “Kami sangat teruja untuk menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam tempahan perjalanan Malaysia semasa tempoh Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Angka-angka yang dipaparkan ini bukan sahaja mencerminkan daya tahan industri pelancongan tetapi juga menunjukkan permintaan yang semakin meningkat oleh pengguna untuk keluar melancong. Kami tetap komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar kepada pelanggan kami. Kami terus berusaha untuk meneruskan misi menyediakan perjalanan serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Malaysia kepada pelancong.”

Trip.com akan terus kekal dengan dedikasi untuk menyediakan pelbagai pilihan dan pengalaman tempahan yang lancar kepada pelancong serta menjamin pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan untuk semua.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading