4 (1)

Shah Alam – Pengedar produk kosmetik dan penjagaan diri tempatan, Teeni Enterprise Sdn Bhd (Teeni Enterprise), secara rasminya telah melancarkan jenama kosmetik terkemuka Indonesia, Hanasui, di Malaysia dalam sebuah acara ruang legar yang bertempat di pusat membeli-belah Central I-City di Shah Alam hari ini.

Majlis pelancaran yang diadakan bersempena dengan pertunjukan Hanasui Matcha Beauty Sensation itu turut menyaksikan pengedar memperkenalkan produk terlaris mereka – Hanasui Mattedorable Lip Cream Matcha Latte, menceburi pasaran tempatan buat pertama kali.

Septyana Nataya, Ketua Pemasaran PT Eka Jaya Internasional, pengeluar rangkaian produk Hanasui berkata di majlis pelancaran bahawa syarikat itu sentiasa berusaha memastikan produk-produknya mematuhi syarat-syarat yang paling ketat di samping memastikan ia mampu dimiliki oleh para pelanggan.

“Semua produk di bawah jenama Hanasui memenuhi syarat-syarat yang ketat dan telah diperakui oleh Cara Pembuatan Kosmetik yang Baik (CPKB), Agensi Kebangsaan Kawalan Dadah dan Makanan (BPOM), dan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH),” jelas Septyana.

“Ia tidak berhenti di sini, kerana kami akan terus berinovasi dan menambah baik produk kami bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.” tambah beliau.

Pengarah Eksekutif Teeni Enterprise, Ron Tay mengekspresikan keyakinan beliau bahawa jenama Hanasui akan menerima sambutan yang baik di negara ini. “Kami yakin komitmen Hanasui terhadap kualiti dan ciri mampu miliknya akan menambat hati pengguna tempatan,” kata beliau.

“Apabila Hanasui memasuki pasaran, rakyat Malaysia akan dapat menikmati rangkaian produk kosmetik yang lebih luas yang menyediakan rona yang tepat untuk dipadankan dengan pilihan masing-masing.” jelas Tay.

“Kami sangat teruja untuk menjadi rakan kongsi runcit eksklusif untuk rangkaian produk kecantikan Hanasui di Malaysia,” kata Anna Hull, Pengarah Komersial Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Malaysia dan Brunei. “Kami juga berbangga kerana Hanasui kini menjadi sebahagian daripada kategori terbaharu kami, #IYKYK Beauty di stor-stor kami. Kategori

IYKYK Beauty menampilkan pelbagai jenama yang pesat berkembang dan membentuk trend di platform-platform media sosial dan kami yakin Hanasui akan diterima baik di Malaysia dan akan meraih kejayaan yang serupa di sini seperti mana yang dikecapi di Indonesia,” tambah beliau.

Hanasui Mattedorable Lip Cream Matcha Latte semakin diminati di kalangan pengguna kerana ia kalis comot dan mampu menjadikan bibir kekal lembap sehingga 12 jam. Malah menurut pengeluarnya, krim bibir itu juga boleh digunakan sebagai pemerah pipi atau pembayang mata.

Menampilkan aroma matcha latte yang menyegarkan berserta tekstur yang ringan, krim bibir itu diperkaya dengan minyak zaitun dan vitamin E untuk memberikan lebih penghidratan pada bibir. Ia didatangkan dalam enam rona warna menarik, iaitu Matchalicious, Matchamallow, Matchaciano, Matchalover, Matchablend, dan Matchachoco.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai krim bibir atau produk- produk Hanasui, bolehlah berkunjung ke acara ruang legar Hanasui Matcha Beauty Sensation yang akan berlangsung pada 29 April hingga 5 Mei 2024. Pengunjung juga akan berpeluang untuk mencuba produk, serta mendapatkan nasihat daripada pakar kecantikan yang berada di sana.

Produk penjagaan diri dan penyelesaian Hanasui juga boleh didapati di semua stor Guardian Malaysia, dan di stor dalam talian syarikat itu di platform Shopee dan Lazada.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading