IMG-20240509-WA0008

Petaling Jaya – Syarikat pengendali dan mengurus katering di pelantar minyak pesisir pantai negara, SOCC Offshore Sdn Bhd (SOCC Offshore) berjaya mencapai sasaran kekal beroperasi dengan rekod masa 10 juta tanpa sebarang insiden kemalangan, sejak 30 tahun lalu.

SOCC Offshore sebelum ini dikenali sebagai Sribima Offshore Catering Services Sdn Bhd adalah anak syarikat milik SOCC Holdings Sdn Bhd (SOCC Holdings) berpangkalan di Miri, Sarawak sejak 1983, berteraskan perniagaan penyediaan perkhidmatan katering berkualiti dalam industri petrokimia luar pesisir Sarawak dan Pantai Timur.

Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings, Amin Aznizan berkata, dengan  kekuatan SOCC Offshore mengutamakan aspek mutu dan kualiti perkhidmatan serta pengendalian makanan bernutrisi baik  bagi industri, seiring mengekalkan rekod tempoh operasi tanpa kemalangan selama 9 juta masa di luar pesisir pantai.

“Perniagaan katering luar pesisir ini berpotensi besar untuk tempoh jangka masa panjang, cuma kualiti perkhidmatan dan keselamatan makanan adalah kekuatan kita yang membuatkan masih mampu bertahan sehingga kini.

“Walaupun sudah mencapai 10 juta jam, tanpa sebarang insiden, tanda aras ini cukup sensitif untuk diperkatakan, dan prestasi baik ini perlu dikekalkan untuk kami terus bertahan dan berdaya saing dalam industri.

“Begitu juga tempoh penghantaran stok bahan mentah mengikut musim. Biasanya sampai dua tiga hari, tetapi musim monsun mengambil masa dua tiga minggu.

“Jadi kita kena pastikan kualiti bahan mentah, dalam masa yang sama tidak menyebabkan pekerja luar pesisir kebuluran,” katanya yang mendedahkan cabaran perniagaan” katanya dalam sidang media ketika Majlis Rumah Terbuka SOCC pada rabu.

Jelasnya, jsasaran 10 juta jam itu telah dicapai dan ia akan memberi peluang lebih besar lagi untuk melebarkan sayap ke luar negara dan bersaing secara sihat dalam industri itu.

Untuk rekod, SOCC Offshore menguasai 14 peratus pegangan ‘market share’ industri katering di pelantar minyak pesisir pantai negara, dan salah satu yang terbesar setakat ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading