Kuala Lumpur – Lendlease dan TRX City hari ini mengumumkan TRX Residences, komponen kediaman presint The Exchange TRX telah siap dibina. Memiliki poskod eksklusif, 55188, ia menawarkan perumahan bertaraf antarabangsa di presint bersepadu yang menjemput para pembeli untuk tinggal di pusat keseluruhannya. Rumah bertingkat ini menampilkan beberapa inovasi yang meningkatkan piawaian industri bagi menaiktaraf kebolehdiaman di Kuala Lumpur.
Plot pertama daripada tiga plot yang sedia ada, TRX Residences menyasarkan pensijilan hijau berganda yang jarang ditemui iaitu LEED Gold dan GBI Gold. Para penghuni akan mendapat manfaat daripada penggunaan utiliti yang lebih rendah kerana pengurusan haba yang lebih baik dengan dinding tirai berlapis yang menggunakan kaca low-e , presint ini juga merupakan yang pertama untuk menggunakan air yang dikitar semula dan panel solar di atas bumbung. Selain reka bentuk optimum yang menawarkan pencahayaan semula jadi dan pengudaraan dalam unit, para penghuni juga boleh menikmati kualiti udara yang lebih baik dengan pengudaraan mekanikal di seluruh unit mereka.
YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, merasmikan acara tersebut dan menerusi ucapan beliau berkata, “Penyelesaian TRX Residences menandakan era baharu taraf kehidupan bandar bertaraf dunia di Kuala Lumpur. Projek ini merupakan tambahan penting kepada landskap bandar kita, dan mewakili visi negara untuk membina komuniti yang mampan dan progresif. Pencapaian dalam mendapatkan Hakmilik Strata lebih dua bulan awal daripada CCC (Sijil Siap dan Pematuhan) adalah amat mengagumkan. Ini membuktikan bahawa sistem kita adalah praktikal dan hak pembeli dilindungi dengan baik apabila pemaju bersungguh-sungguh mengejar titik perkembangan penting untuk pembeli.”

Menyuarakan sentimen yang sama, Dinesh Nambiar, Pengerusi Lendlease Malaysia, menekankan bahawa “Penyelesaian TRX Residences memberikan gambaran sebenar keupayaan kediaman global Lendlease dalam mewujudkan kawasan kediaman dimana komuniti berkembang maju. TRX Residences kini menyertai senarai kawasan penjanaan semula bandar yang berjaya di bandaraya-bandaraya utama di seluruh dunia seperti Sydney, London, New York, Singapura dan banyak lagi. Penyelesaian ini juga mencatatkan satu lagi pencapaian penting bagi kami iaitu dengan lebih 7 juta waktu jam kerja selamat. Persekitaran kerja yang selamat diterjemahkan kepada kualiti binaan yang lebih baik untuk pembeli kami.”
YBhg Dato’ Haji Azmar Talib, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd berkata, “Kami amat bangga untuk bekerjasama dengan Lendlease dalam membangunkan TRX Residences dalam kawasan The Exchange TRX di Tun Razak Exchange. Ia merealisasikan visi holistik kami untuk sebuah Pusat Kewangan Antarabangsa yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk bekerja, malah merupakan tempat kediaman. TRX Residences menetapkan aras untuk era baharu kehidupan bandar berprestij.”

Eric Chan, Pengarah Projek TRX Residences berkongsi tentang perjalanan untuk TRX Residences, “Bersama-sama dengan rakan kongsi kami, Kementerian Kewangan, kami menetapkan untuk menawarkan cara hidup bandar baru yang memenuhi keperluan masyarakat urban moden hari ini. Apa yang ditawarkan adalah kediaman di tengah pusat bandar, dengan ketersambungan tiada tandingan, pemikiran tinggi dalam reka bentuk dan inovasi binaan, serta dibina di sekitar komuniti dengan ciri kemampanan. Ini adalah ciri-ciri tarikan kepada pangkalan pembeli kami yang datang dari 25 negara di seluruh dunia. Mereka menghargai status pegangan bebas yang ditawarkan dan kami telah berjaya menjual semua unit yang dibuka untuk jualan. Unit pilihan baru juga akan diperkenalkan tidak lama lagi. Dari keselesaan rumah, penduduk hanya perlu menyeberangi jambatan penghubung sepanjang 12 meter untuk mengakses TRX City Park di atas bumbung seluas 10 ekar serta Pusat Beli-belah The Exchange TRX untuk mengalami potensi penuh pelan induk TRX. Kami percaya kami telah menetapkan taraf baharu di KL.”
Menyokong cara hidup baharu ini ialah Aplikasi Komuniti Pintar yang disesuaikan untuk penduduk TRX Residences bagi memaksimumkan cara hidup masyarakat dengan cara paling berkesan. Menawarkan muka pengguna (UI) yang anggun dan bergaya, ia menawarkan ciri unik seperti Marketplace di mana penduduk boleh bertukar-tukar barangan dan perkhidmatan, Kemudahan Penghuni yang menunjukkan bilangan kasar pengguna dalam kemudahan terpilih dan Kawalan Pintar yang membolehkan penduduk mengakses pencahayaan dan kawalan penghawa dingin dari telefon mereka untuk kemudahan yang ditempah. Penduduk juga boleh menerima tawaran eksklusif daripada peruncit The Exchange TRX melalui aplikasi.
Lendlease dan TRX City Sdn Bhd memiliki dua lagi plot untuk dibangunkan di bawah jenama TRX Residences. Plot 2 terletak bersebelahan dengan zon mewah runcit The Exchange TRX. Bersama-sama, ini akan membentuk enklaf kediaman dalam TRX, memanfaatkan potensi pelan induk dan pertumbuhan ekonomi negara.
