SAY8-1

Petaling Jaya – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menobatkan tiga usahawan orang kurang upaya (OKU) sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor.

Tiga peserta itu dinobatkan pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) edisi kelima hari ini mengatasi tujuh peserta lain yang diadili Tengku Amir bersama empat juri lain.

Pemenang pertama, Ahmad Anda Ismail yang menjalankan perniagaan jus kurkumin tidak menyangka nasib menyebelahinya dan berjaya membawa pulang geran perniagaan berjumlah RM4,000.

Kredit foto: Majoriti

Sementara itu, naib johan Mahmud Rasul, peniaga kuih raya membawa pulang RM3,000 dan tempat ketiga Sazman Nazlee Adha Mohd Ali, sseorang jurugambar yang memenangi RM2,000.

Kesemua mereka turut menerima piala dan sijil pengiktirafan daripada Selangor Youth Community (SAY).

Selain itu, mereka layak menyertai SAY LEAD+ program bimbingan selama setahun bagi membantu mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, pendigitalan perniagaan, pasaran eksport dan reruai percuma.

Pertandingan itu diadili oleh Tengku Amir Shah di samping Ketua Bahagian Penasihat dan Pemantauan, Ahmad Daud Abdul Rashid; Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Muhd Firdaus Azharuddin.

Barisan juri turut dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara, Yuzawati Yusof; Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS dan Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad; Mohammad Syukri Ismail.

Menariknya, dalam edisi kali ini, para usahawan OKU pekak dan bisu juga turut menyertai dan menunjukkan potensi yang luar biasa seperti usahawan OKU lain. Para peserta dibantu oleh Jurubahasa Isyarat (JBI) semasa sesi pembentangan akhir dijalankan.

Leave a Reply