8b01034a-efb3-4d65-b621-932cfdc1d32c

Petaling Jaya – SAFI menambah kemeriahan dengan melancarkan  SAFI YOUTH GOLD RETINOL , iaitu rangkaian penjagaan kulit yang dapat memulihkan masalah penuaan dan diperhebat dengan kombinasi bahan terunggul.

Formulasinya melibatkan 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari.

Bagi setiap wanita, kulit yang sihat dan berseri adalah penanda keyakinan diri. Namun, proses penuaan kulit adalah cabaran yang tidak dapat dielakkan. Dari faktor usia hingga kesibukan gaya hidup, wanita masa kini mencari solusi yang efektif dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.

Dalam suasana di mana produk penjagaan kulit premium sering kali dilihat sebagai kemewahan yang tidak mampu dijangkau oleh ramai, SAFI YOUTH GOLD RETINOL memperkenalkan konsep baru. Ia bukan hanya tentang penjagaan kulit yang canggih, tetapi juga aksesibiliti kepada penyelesaian penjagaan kulit yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik.

Pakar Estetik dan Anti Penuan, Dr Syairah Nadia Mohamad berkata, penuaan kulit yang tidak diatasi dari awal akan mula menampakkan garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam .

Jelasnya, dengan kemajuan dan penyelidikan pada masa kini menemui retinol adalah penyelesaiannya kepada masalah tersebut. Kandungan yang diformulasikan dengan tepat untuk semua jenis kulit selamat digunakan setiap hari, baik waktu siang mahupun malam, dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan.

Melalui penyelidikan juga, retinol memberi kesan positif , 92% melihat kulit lebih tegang dan anjal, 75% kulit kelihatan lebih cerah serta berseri dengan cepat, 72% garis halus dan kedutan berkurang, 71% setuju bahawa kulit lebih lembut dan licin dalam 7 hari, Tona kulit menjadi lebih cerah dalam hanya 1 minggu dan hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari.

Pada majlis yang sama, selebriti tanah air Siti Nordiana diangkat sebagai duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL  dan wakil unggul sebagai “Wanita Safi”. Figura yang cukup dikenali ini mempunyai keanggunan dan keyakinan tersendiri sekaligus memberi inspirasi kepada wanita di semua peringkat kehidupan.

“Bagi saya, ini adalah satu kehormatan besar untuk dipilih sebagai wakil SAFI, sebuah jenama penjagaan kulit yang dipercayai oleh ramai. Perjalanan kecantikan saya membawa saya kepada rangkaian ini.

“Saya menghadapi cabaran penuaan kulit dan sangat bersemangat untuk berkongsi pengalaman saya dengan wanita lain tentang keberkesanannya dalam mengatasi masalah penuaan, ini penting bagi saya kerana ia membantu menjaga kesegaran wajah kita, tidak kira umur dan aktiviti harian” katanya.

Anda boleh miliki kelima-lima produk  yang menakjubkan ini! Mulai dari SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (100g / RM 19.90) untuk membersihkan kulit hingga SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle (100ml / RM49.90) untuk meningkatkan kecerahan kulit.

Tambahkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate (15ml / RM30.90) untuk memperbaharui kulit, dan lindungi dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing (40g / RM39.90).

Jangan lupa tambahkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ (25g, RM25.90) untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

Dapatkannya secara eksklusif di Watsons di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kulit yang lebih muda dan cantik.

Leave a Reply