As part of OTWC's Artists Heritage Collaboration Project

Ipoh – OldTown White Coffee (“OTWC”), sebuah rangkaian kopitiam halal terbesar di Malaysia yang terkenal dengan minuman kopi putih istimewanya serta juadah tradisi tempatan, telah merasmikan pembukaan Pusat Warisan baharunya yang dikenali sebagai “OldTown Heritage Centre” di Jalan Panglima, Ipoh.

Bersempena dengan upacara pembukaan pusat warisan ini, Projek Kolaborasi Warisan Artis OTWC yang pertama turut dirasmikan pada waktu petang dan dihadiri oleh beberapa penggiat seni tempatan, termasuk pereka fesyen terkenal Melinda Ooi dan artis karikatur Azmi Hussin. Projek ini merupakan sebuah inisiatif OTWC untuk mempamerkan karya-karya seni artis tempatan yang mengagungkan pembangunan dan perkembangan industri kopi putih Ipoh.

Dibina sebagai lambang terbaru OTWC, Pusat Warisan OldTown meliputi tiga kawasan tumpuan untuk semua pengunjung. Antara tarikan utama adalah “Earthcare Cafe”, sebuah kafe berkonsepkan makanan “farm-to-table” yang menawarkan kelainan citarasa dan menu baharu OTWC berbanding dengan konsep kopitiam OTWC yang lain. Tumpuan kafe ini adalah penyumberan hasil yang beretika dan kelestarian operasinya, melalui penyelidikan yang menyeluruh dalam bidang alam sekitar. Pusat warisan ini juga dilengkapi dengan sebuah galeri seni di mana ia mempamerkan karya-karya artis melalui Projek Kolaborasi Warisan Artis selain daripada kedai cenderahati eksklusif OTWC.

Pusat Warisan OldTown bukanlah sekadar tempat untuk menikmati kopi dan makanan yang enak. Ia juga merupakan satu khazanah pelancongan yang unik bagi pengunjung untuk belajar tentang sejarah perkembangan kopi putih Ipoh, dan kami berharap pusat ini mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk memupuk semangat penjagaan komuniti dan alam sekitar yang harmoni,” ulas Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd.

“Oleh kerana lokasi pusat warisan ini terletak di sekitar Jejak Warisan(‘Heritage Trail’) yang kaya dengan sejarah, kita perlu mengekalkan keunikan kawasan ini, dan kami berharap ia dapat dicerminkan melalui seni bina bangunan ini serta cara pengendalian operasi kami.”

Melalui Projek Kolaborasi Warisan Artis ini, penggiat-penggiat seni yang telah menyumbang karya mereka kepada Pusat Warisan OldTown adalah seperti berikut:

  1. Melinda Looi, pereka fesyen terkenal Malaysia yang mereka bentuk cawan kopi coklat ikonik OTWC pada tahun 2009, kini kembali untuk mereka bentuk Beg Tote Warisan OldTown yang beredisi terhad dan eksklusif bersempena dengan pembukaan Pusat Warisan OldTown. 
  2. Chuen Mun Wai, salah seorang pembuat tanglung tradisional Cina terakhir di negara yang ditugaskan khas untuk mencipta lima tanglung untuk dipamerkan di tingkat bawah Pusat Warisan OldTown. 
  3. Chin Choon Yau, seorang pelukis mural terkenal dari Ipoh yang telah melukis melebihi 300 mural yang menggambarkan adegan pemandangan kota dahulu. 
  4. Lim Pui Wan, juga dikenali sebagai “Pico Worm”, seorang artis yang mampu mencipta diorama yang keil dan realistik. 
  5. Jeffrey Lim, seorang jurugambar serba boleh dan peminat warisan yang menyumbang dapur pembuatan kopi vintaj, koleksi cawan kopi antik, dan pemasangan foto “Keturunan Kopi Tradisional”. 
  6. Azmi Hussin, seorang artis karikatur dan pemegang rekod Malaysia untuk lukisan komik terpanjang di negara, “Saga Kami”, pada tahun 2021.

“Projek Kolaborasi Warisan Artis ini akan menjadi inisiatif berterusan untuk Pusat Warisan OldTown bagi menyokong serta membangunkan artis dan tukang tempatan. Justeru, kami akan meneruskan usaha mencari bakat-bakat baharu untuk memperbanyak koleksi seni di galeri ini,” tambah Liew.

Pusat Warisan OldTown dibuka bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 dan OTWC bersedia untuk menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa melalui sajian dan kopinya, serta tarikan galerinya yang istimewa.

Leave a Reply