Malaysianews TV sekali lagi diberi kepercayaan untuk membuat review penuh telefon pintar HONOR 200 Pro.
HONOR 200 Pro bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan terus menjadi satu jenama yang sentiasa cepat mengemas kini teknologi dengan pengeluaran gadget yang lebih berinovasi.
HONOR 200 Pro adalah telefon pintar kelas pertengahan premium yang menawarkan keupayaan fotografi potret serta ciri peringkat perdana yang diperoleh daripada HONOR Magic6 Pro premium.

Ciri gred perdana yang berkuasa yang ditawarkan oleh HONOR 200 Pro antaranya ialah sensor kamera utama H9000 yang kuat di mana HONOR 200 Pro menampilkan gabungan kamera berkuasa yang mampu merakam potret setaraf studio.
Siri ini membawakan fungsi kamera AI Matrix yang mengetengahkan kamera yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio.
Ini dijayakan menerusi kamera utama 50MP dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode. Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat.

Kerjasama dengan Harcourt ini adalah studio penggambaran potret dari Perancis, bagi menambah baik algoritma penggambaran portret yang digunakan dalam Honor AI Portrait Engine.
Kamera Utama dengan teknologi inovasi
Susunan kamera termasuk kamera 50MP yang dilengkapi dengan sensor kamera utama H9000 satu atau 1.3 inci yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR di mana sensor ini juga digunakan dalam HONOR Magic6 Pro.
Sensor itu turut disertakan dengan sistem anti-goyang Penstabilan Imej Optik Dwi (OIS) dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS), membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas dan terperinci walaupun dalam pencahayaan malap dan dalam senario pergerakan pantas seperti menangkap seseorang yang sedang berlari atau burung yang sedang terbang.

Selain itu, HONOR 200 Pro mempunyai Kamera Telefoto 50MP yang menggunakan penderia Sony IMX 856 yang sesuai digunakan untuk menangkap potret dan objek jauh dengan ketajaman dan kejelasan yang luar biasa.

Ditambah, Kemasukan Sony IMX 856 menjadikan siri HONOR 200 telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai sensor baharu yang berkuasa.
Pemproses terulung
HONOR 200 Pro dikuasakan oleh pemproses mudah alih ‘Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3’ terkini dengan menampilkan kelajuan jam yang pantas sehingga 3 gigahertz (GHz) dan membolehkan HONOR 200 Pro menjalankan permainan intensif grafik bagi memastikan responsif masa nyata yang lancar apabila berinteraksi dengan aplikasi.
Untuk menawarkan ketersambungan yang lancar, HONOR 200 Pro turut menampilkan cipset penambahbaikan HONOR (C1 + RF) yang memastikan ketersambungan optimum walaupun di kawasan yang mempunyai ketersediaan rangkaian yang lemah sambil turut mempertingkatkan prestasi rangkaian 5G.

Teknologi AI
Pengenalan MagicOS 8.0 kepada telefon siri HONOR termasuk HONOR 200 Pro membawa kuasa kecerdasan buatan (AI) kepada telefon pintar ini.
Bagi menampilkan AI di peringkat platform bersepadu dan antara pengguna berasaskan ‘intent-based user interface’ (IUI), MagicOS 8.0 boleh mentafsirkan niat pengguna dengan menawarkan pengalaman yang lebih selamat terhadap aplikasi pilihan pada paparan.

Peminat di Malaysia kini boleh membuat prapesanan HONOR 200 Pro dan jadilah antara yang pertama untuk memiliki peranti ini menerusi tawaran Istimewa Early Bird Special! Tawaran ini eksklusif untuk versi Pro sahaja dan bermula 10 Jun hingga 18 Jun 2024.
Untuk menempah HONOR 200 Pro, hanya perlu bayar deposit sebanyak RM20. Selain itu, dapatkan hadiah-hadiah percuma menarik bernilai RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh, termasuk:
- Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari
- Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)
- Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge
- HONOR Earbuds X6

2 thoughts on “Reaksi Pertama: HONOR 200 Pro kelas pertengahan, level Flagship AI!”