IMG_0003

Syarikat perumahan, Matrix Concepts berbesar hati menawarkan Kempen Umrah Eksklusif bagi projek kediaman Bayu Sutera yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Dengan Kempen Umrah Eksklusif ini membuka peluang kepada pelanggan beragama islam memenuhi impian ke tanah suci.

Selain itu, dengan projek terkini, yang menampilkan ciri rumah pintar yang canggih dilengkapi Lakeside Residences. Bayu Sutera merupakan projek perumahan terbaharu di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan dengan meliputi kawasan seluas 86.4 hektar dan melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1 bi­lion.

Projek tersebut menawarkan sejumlah 2,043 unit rumah teres dua tingkat dalam empat pre­sint. Dengan keluasan 216 ekar dan fasa pertama pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021.

Projek Bayu Sutera yang diba­ngunkan oleh pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix) telah berjaya mencatatkan tempahan sehingga 95 peratus dan ini membuktikan penjualan pantas fasa sebelumnya adalah bukti penerimaan meluas dalam pasaran.

Fasa pelancaran lebih awal telah dilaksanakan dengan lancar, dengan penyiapan yang berjaya dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah. Kediaman yang menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi. Rumah baharu ini bukan sahaja menawarkan keindahan
pemandangan tepi tasik tetapi juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini, memastikan gaya hidup yang selesa, selamat dan kondusif untuk penduduk.

Lokasi di sini menjadi satu keutamaan disokong pula oleh faktor lain seperti kemudahan awam, keselamatan, aksesibiliti, penyambungan dan hubu­ngan jalan raya utama yang padu menjadi elemen penting dalam penilaian pembeli membuat pilihan yang terbaik.

Ruang yang cukup besar ini memastikan keselesaan bagi pemilik kediaman selain privasi yang sangat diperlukan khusus­nya bagi mereka yang bekerja dari rumah.

Kecemerlangan dan rekod terbaik ini mengangkat syarikat ini memenangi Anugerah StarProperty untuk The Cornerstone Award – Best Landed
Pembangunan (Kecemerlangan) tahun 2024.

Selain itu, pembangunan hab komersial terkini Bayu Biz, di Bayu Sutera dibina strategik di antara jalan-jalan perumahan dan kawasan kejiranan sekitar. Bayu Biz bersedia untuk menjadi hab pusat perniagaan, membeli-belah, dan aktiviti sosial dalam masyarakat.

Dalam masa sama, terdapat banyak kemudahan lain yang menarik antaranya, sekolah, stesen minyak, tempat rekreasi X Park, d’Tempat Country Club dan banyak lagi.

Sedikit highlights kemudahan lain yang ada di persekitaran Bandar Sri Sendayan dan dalam radius projek ini untuk rujukan bakal pembeli.

Pendidikan:

Matrix Global Schools
SJK (C) Bandar Sri Sendayan
SJK (T) Bandar Sri Sendayan
SK Bandar Sri Sendayan 

Pusat bei belah:

Mydin
AEON Mall
Lotus
Palm Mall

Perubatan:

Klink Kesihatan Sendayan
Columbia Asia Hospital
KPJ Seremban Specialist Hospital
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Bank:

Affin Bank
Bank Simpanan Nasional
Ambank
RHB Bank

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bayu sutera, klik: umrahbersama.bayusutera.com/4

5 thoughts on “Nikmati Kempen Umrah Eksklusif Bersama projek Bayu Sutera

  1. Impian semua umat Islam ni…dapat jejak kaki ke Tanah Suci, rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Kalau ada rezeki, mmg nak sgt beli.

Leave a Reply to Sally SamsaimanCancel reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading