MTXX_PT20240615_111243199

Kuala Lumpur – Pengalaman berkelah di Taman KLCC tentunya mencetuskan momen paling indah.

Dalam latar panorama berkelah di tengah bandar, suasana itu pastinya menjadi terapi bermakna buat anda yang ingin meredakan tekanan dari kesesakan lalu lintas dan kerja.

Aktiviti berkelah dianjurkan secara eksklusif untuk pelanggan Suria KLCC baru-baru ini.

Reka landskap ‘Picnic In The Park’ itu menampilkan latar belakang Menara Berkembar Petronas serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancuran muzikal KLCC. Nyata ia menzahirkan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan.

Tetamu diberikan persediaan perkelahan eksklusif termasuk khemah, tikar dan dekorasi unik untuk memberi peluang kepada mereka merakam kenangan yang memaparkan atmosfera semula jadi, memukau dan mempesonakan.

Pelbagai barangan perkelahan lain seperti kipas mini, losen penghalang nyamuk, losen pelindung matahari dan peniup buih turut disediakan. Alunan muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) turut menambahkan kemeriahan suasana.

Menurut Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd., aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan suasana yang mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif yang menarik, aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung.

Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit yang bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”. Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan yang bertakhtakan pemandangan
matahari terbit yang berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam.

Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik yang dihiasi dengan susunan bunga dan lampu yang memukau juga disasarkan bakal menjadi tumpuan para peserta. Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka dan melazatkan. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri yang enak. Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais-krim dari gerai yang disediakan.

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.

Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman ‘Picnic In The Park’ iaitu sebelah malam, suasana diindahkan dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading