1000009316-01_compress68-1024x577

Seperti yang dinjanjikan, Huawei pada hari ini telah rasmi melancarkan tablet MatePad 11.5″S PaperMatte Edition di Malaysia. Ia adalah penawaran terbaru tablet Huawei dengan paparan ibarat kertas dan merupakan kemas kini daripada MatePad 11.5″ Papermatte Edition sebelum ini, tetapi hadir dengan paparan berkadar penyegaran lebih pantas serta sokongan aplikasi GoPaint terbaru.

Pelancaran tablet ini membuatkan HUAWEI terus menempa nama dalam kalangan pengguna tablet HUAWEI kerana MatePad 11.5″S PaperMatte Edition kali ini menampilkan ciri teknologi paparan lebih unggul iaitu inovasi teknologi paparan anti silau.

Tablet HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilengkapi dengan teknologi lapisan nano optik terkawal secara magnet yang membantu mengurangkan pantulan cahaya.

Dengan skrin kadar segar semula 144Hz, HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dapat meningkatkan penghantaran cahaya untuk paparan yang lebih jelas seiring menjamin pengalaman melebihi komputer peribadi. 

Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah RM2,499 dan anda boleh dapatkannya di stor online Huawei atau gedung rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Meskipun begitu, ia akan tersedia untuk semua pengguna bermula 29 Jun nanti dan kini tempahan awalnya masih dibuka untuk mereka yang berminat. Yang bagusnya, untuk pembelian dari sekarang hingga 28 Jun, Huawei masih meneruskan promosi tempahan awal mereka dengan menyertakan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM2,046 untuk pembeli awal.

Keupayaan HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dalam menjamin perlindungan mata melalui paparan skrin tablet dapat dibuktikan dengan pengiktirafan empat pensijilan pelindung mata seperti SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification, TÜV Rheinland Reflection-Free Certification, TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification dan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification.

Uniknya, HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition ini boleh dikatakan tablet pertama yang pra-pasang dengan aplikasi lukisan berkualiti dan mudah digunakan.

Aplikasi itu juga dibangunkan oleh HUAWEI, iaitu aplikasi GoPaint.

Aplikasi yang ditawarkan HUAWEI ini mempunyai pelbagai ciri menarik buat pelukis digital seperti kesan sebenar dalam lukisan, pelbagai jenis dan saiz berus serta sesuai dipadankan, kapasiti lapisan dan butang cepat. 

Lebih istimewa, aplikasi GoPaint bukan saja tertumpu kepada pengguna tangan kanan, malah aplikasi ini juga menyediakan mod tangan kiri (kidal), membolehkan pengguna meletakkan semula bar alat untuk lukisan yang lebih selesa. 

Atas papan utama, ia dikuasakan cip Kirin 9000WL yang bergandingan dengan RAM 8GB berserta storan 256GB, dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2. Menghidupkan tablet ini adalah bateri berkapasiti 8,800mAh dan ia menyokong pengecasan 22.5W. Sistem kameranya terdiri daripada dua kamera iaitu kamera belakang 13MP dan kamera selfie 8MP.

Tablet ini juga serasi digunakan bersama pen stylus Huawei M- Pencil generasi ke-3 dengan sokongan teknologi Nearlink untuk berikan lakaran tanpa kelengahan, serta ia hadir dengan aplikasi GoPaint terbaru. Aplikasi ini dilengkapkan dengan pelbagai ciri dan keperluan melukis, untuk membenarkan anda berkarya tanpa batas. Pengalaman mengguna tablet ini turut boleh ditambah baik dengan papan kekunci wayarles.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading