honor-200-pro-review-37

Mencari peranti yang baterinya tahan lama, kamera yang hebat dan turut ada fungsi AI?

Itulah apa ada pada peranti baharu Honor 200 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 19 June 2024.

Telefon pintar ini adalah gabungan estetika dengan sokongan AI dan fotografi yang canggih.

Fungsi AI pada peranti HONOR kini telah digunakan dalam siri HONOR Magic dan akan disepadukan ke dalam semua produk kelas pertengahan hingga kelas atasan HONOR pada masa hadapan. Produk baharu HONOR yang akan datang di Malaysia juga akan dilengkapi dengan fungsi AI terkini serta teknologi pengimejan yang setanding dengan kamera profesional.

Kelebihan AI

Pengenalan MagicOS 8.0 kepada telefon siri HONOR termasuk HONOR 200 Pro membawa kuasa kecerdasan buatan (AI) kepada telefon pintar ini.

Bagi menampilkan AI di peringkat platform bersepadu dan antara pengguna berasaskan ‘intent-based user interface’ (IUI), MagicOS 8.0 boleh mentafsirkan niat pengguna dengan menawarkan pengalaman yang lebih selamat terhadap aplikasi pilihan pada paparan.

Apa yang menarik fungsi AI ini?

Fungsi kamera AI Matrix yang mengetengahkan kamera yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio. Ini dijayakan menerusi kamera utama 50MP dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode.

Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat. Kerjasama dengan Harcourt ini adalah studio penggambaran potret dari Perancis, bagi menambah baik algoritma penggambaran portret yang digunakan dalam Honor AI Portrait Engine. 

Sistem kamera yang digunakan adalah kamera telefoto 50MP Sony IMX 856, kamera sudut lebar 12MP yang turut dilengkapi OIS dan EIS serta kamera swafoto 50MP. Bagi Honor 200, ia menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX 906 1/1.56-inci manakala Honor 200 Pro menggunakan kamera utama 50MP H9000 1/1.3-inci.

Foto potret menggunakan Honor 200 Pro

Perbezaan kamera ini memberikan fungsi AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing khas untuk Honor 200 Pro.

Tempahan dibuka sekarang!

Untuk menjadi antara yang pertama memiliki peranti ini di Malaysia, anda boleh meletakkan deposit tempahan sebanyak RM20 di kedai dalam talian Honor Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada promosi “pra-tempahan” awal, anda boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,377 selepas membuat pembayaran penuh. Ini termasuk rebat RM200, Honor SuperCharge Wireless Charger Stand (bernilai RM299), Honor Earbuds X6 (bernilai RM299) dan perlindungan penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari (bernilai RM579).

Untuk pasaran Malaysia, Honor 200 Pro ditawarkan dalam dua warna – Ocean Cyan dan Moonlight White.

Promosi Pra-Tempahan Awal Honor 200 Pro ini tersedia mulai hari ini 10 Jun hingga 18 Jun 2024 (Selasa). Pelancaran rasmi Honor 200 Pro di Malaysia akan berlangsung pada 19 Jun 2024 dan untuk maklumat lanjut, boleh ikuti laman Rasmi Honor di Facebook dan Instagram.

1 thought on “Reviu: Honor 200 Pro dengan fungsi AI luar biasa!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading