WhatsApp-Image-2024-06-18-at-14.12.28_f6b79fab-250x188

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan 10 ekor lembu sempena sambutan Aidiladha.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini ” menurut hantaran itu.

Pelaksanaan penyembelihan akan diadakan esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung di Istana Negara Khamis ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading