Putrajaya – Kasut adalah lebih daripada sekadar keperluan; ia merupakan satu kenyataan gaya dan keselesaan. Larrie, sebuah jenama Malaysia yang telah menjadi sebahagian daripada landskap tempatan untuk jangka masa yang panjang, mewakili semua kualiti ini dan lebih.
Larrie hari ini telah melancarkan kasut kasual wanita, LA+2cm dengan inovasi penambahan ketinggian sebanyak 2cm bagi menonjolkan ketinggian kepada pengguna.

Menggabungkan keselesaan dan gaya, LA+2cm berfungsi sebagai kasut kasual dan santai dengan tapak lebih tinggi serta memiliki ciri-ciri ampungan berat badan yang lebih ergonamik.
Koleksi ini menampilkan material fabrik yang memudahkan udara masuk, sokongan bantal yang melengkung untuk tumit dengan kemasan tapak getah, tumit tersembunyi yang ditambah ketinggian lebih selesa. Disamping itu, reka bentuk yang selesa dipakai dan tapak luar yang ringan serta tidak mudah licin.
Dengan lapik dalam anti bakteria yang mengandungi 3 titik pemantulan yang mengurangkan kesan lonjakan serta permukaan yang lembut dan fleksibel ia adalah pilihan yang sesuai untuk aktiviti kasual dan bersukan.

Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation (M) Sdn Bhd., Lenson Chong berkata, koleksi baharu ini akan memudahkan wanita di luar sana yang ingin kelihatan lebih tinggi untuk pelbagai tujuan sambil menjaga kesihatan kaki mereka.
“LA+2cm sangat selesa dipakai walaupun ditambah dengan ketinggian tambahan dan Larrie terus menawarkan harga yang berpatutan untuk para peminat kasut suka kasual ini.
“Koleksi ini menampilkan 7 warna iaitu putih, hitam, ungu, hijau gelap, coklat khaki, kelabu dan maroon” katanya dalam majlis perasmian di cawangan LARRIE, Alamanda disini petang tadi.


Koleksi baru ini boleh didapati di semua pasaraya utama di seluruh negara seperti di Aeon, Parkson, Isetan KLCC dan butik Larrie termasuk di Alamanda, Putrajaya.
Harga yang ditawarkan adalah RM169.00 sahaja.


Sebagai tambahan, Larrie Corporation, yang diasaskan pada tahun 1978, adalah sebuah perniagaan keluarga yang berpusat di Kuala Lumpur. Nama jenama ini, “Larrie,” terinspirasi oleh gabungan nama pengasas dan cintanya terhadap kaualiti kasut.
Dari awalnya, Larrie fokus menyediakan rakyat Malaysia dengan kasut berkualiti tinggi yang menggabungkan keselesaan dan gaya, dengan harga yang berpatutan. Sebagai pengedar dan pemasar kasut berkualiti, Larrie Corporation telah berkembang dari perniagaan kasut tempatan yang kecil menjadi syarikat kasut terkemuka di Malaysia dengan banyak jenama antarabangsa di bawah pengurusannya. Polisi strategik pengembangan jenama telah membawa syarikat ini ke peringkat baru dan mereka sudah mempunyai 52 cawangan di Malaysia.
Kini, Larrie Corporation dikendalikan oleh generasi ketiga keluarga Chong yang terus membangunkan perniagaan kasut yang bersaing dengan jenama lain untuk merentas ke pasaran yang luas.
