Kuala Lumpur – YEG- MISA (Malaysia Industrial Skills Academy) menjalin usahasama strategik dengan SRC Global Resources Sdn Bhd. dalam memfokuskan kehendak pasaran bagi industri ‘Basic Scaffolding Erector’ bagi melatih menyediakan tenaga mahir yang baru.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nor Hisham Mohd Ariffin berkata, insiatif yang diusahakan ini bagi mengangkat industri ‘basic scaffolding erector’ dalam industri minyak dan gas dengan misi memupuk rangkaian sokongan dan kerjasama di kalangan pihak berkepentingan industri.
“SRC Global akan memberi latihan komprehensif dan berstruktur untuk memastikan tenaga kerja memiliki kecekapan yang diperlukan selama tempoh 15 hari dan kemudian mereka akan terus dihantar bekerja dalam industri minyak dan gas.

“Kami mempunyai kerjasama yang baik dengan industri di mana pengalaman 15 tahun penubuhan SRC Global ini memberikan impak positif bagi memastikan setiap peserta yang menyertai kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan ini mempunyai pekerjaan selepas tamat penyertaan. SRC Global dapat memudahkan perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tenaga ‘basic scaffolding erector’,” katanya.
Kerjasama antara YEG-MISA, bersama SRC Global Sdn Bhd, adalah satu langkah strategik untuk memenuhi keperluan pasaran kerja dalam industri ‘basic scaffolding erector’ untuk sektor minyak & gas. Dengan fokus pada peningkatan kemahiran dan sokongan kerjaya, inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada tenaga kerja, ekonomi negara, dan serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri ‘basic scaffolding erector’ untuk sektor industri minyak dan gas.
Jelasnya lagi, matlamat kerjasama ini bagi menyediakan tenaga kerja yang kompeten untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri ‘basic scaffolding erector’ bidang minyak dan gas. Selain itu, ia bagi mengembangkan program latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal dalam pemasangan dan penyelenggaraan ‘scaffolding’ untuk industri minyak dan gas.
Malaysia Industrial Skills Academy (MISA) merupakan sebuah platform kerjaya yang memasarkan sebuah pusat latihan di dalam sektor maritim, minyak dan gas, sektor Tenaga Boleh Diperbaharui dan juga “Basic Scaffolding Erector’ sektor minyak dan gas.

Hasil sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, platform ini diteruskan sehingga kini untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan latihan dan seterusnya memulakan kerjaya dalam bidang berikut. Antara kursus-kursus yang ditawarkan bersama SRC Global Sdn Bhd adalah kursus Latihan Basic Scaffolding Erector.
Dengan peredaran teknologi moden masa ini, MISA bertanggungjawab menggunakan media sosial untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang maklumat terkini berkaitan industri berikut. Hal ini seterusnya memudahkan golongan yang berminat untuk memilih laluan kerjaya di dalam industri ini dengan mengikuti perkembangan terkini daripada pihak MISA sendiri.
