visa-prepaid-card

Kuala Lumpur – Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) peneraju inovasi dalam perkhidmatan kewangan digital hari ini melancarkan Kad Korporat, Merchantrade Money Biz bagi membantu memudahkan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam pengurusan kewangan syarikat.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, pihaknya memberi fokus kepada industri IKS bagi menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi dan sistem kewangan dalam usaha membina ekonomi tanpa tunai. Malah, tiada kos pengurusan dikenakan kerana semuanya akan dipantau sendiri oleh pihak syarikat.

Kad Korporat, Merchantrade Money Biz mempunya keistimewaan tersendiri bagi memudahkan pemain industri perniagaan pelbagai bidang dan juga peniaga PKS.

  1. Merchantrade Money Biz ialah penyelesaian komprehensif yang menampilkan tiga alatan inovatif, Kad Prabayar Perniagaan VISA, e-WaIlet berbilang Mata Wang dan Portal Pentadbiran pengurusan perbelanjaan.

2) Ia mengubah cara perbelanjaan perniagaan dan menawarkan pembayaran tanpa tunai yang serba boleh melalui gandingan inovatif kad dan e-dompet yang memperkasakan pekerja dengan ketangkasan pembayaran dan teknologi kewangan untuk ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi.

3) Sebelum ini menggunakan konsep ‘pay & claim‘ di mana banyak masa dibazirkan dengan masalah menyimpan resit, mencampurkan dana peribadi dan kerja atau kelewatan pembayaran balik yang akan meningkatkan risiko kepada kewangan pekerja dan tadbir urus yang baik.

4) Dengan mendigitalkan dan mengautomasikan proses lama, Merchantrade Money Biz membantu menjimatkan masa perniagaan, mengurangkan ralat dan mengekalkan kawalan yang lebih baik ke atas kewangan dengan penyelesaian yang mudah dan berskala.

Ciri-ciri kad

  1. Kad Prabayar Perniagaan VISA Malaysia yang pertama merupakan alternatif yang hebat kepada kad kredit korporat tanpa kerumitan pengurusan kredit dan risiko liabiliti.

2) Menerima semua kaedah pembayaran tempatan dan antarabangsa tanpa tunai moden dengan lancar dengan semua fungsi kad tradisional.

3) Multi Currency e-WaIlet dengan pertukaran langsung yang menampilkan 20 pilihan mata wang utama dengan kadar terkunci untuk melindungi daripada turun naik mata wang semasa.

4) Penjejakan perbelanjaan masa nyata, had kad & kawalan penggunaan dengan laporan penyelarasan automatik.

5) Kos rendah dan berskala untuk mengeluarkan kad pekerja tanpa had.

Merchantrade Money Biz menggabungkan tiga kaedah inovatif iaitu Kad Prabayar Perniagaan Visa dengan had RM50,000 dan pengeluaran tanpa had bagi setiap syarikat yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang asing dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden.

Merchantrade yakin bahawa penyelesaian Merchantrade Money Biz akan merevolusikan operasi syarikat dan sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pendigitalan perniagaan dan mengguna pakai automasi, menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih tanpa tunai.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading