Kuala Lumpur – Persatuan Alumni Kolej Vokasional ERT Setapak bersama pihak kolej dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menganjurkan program alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ dengan menghimpunkan kembali bekas pelajarnya.
Persatuan Alumni ini secara sah didaftarkan pada 26 disember 1998 itu mengumpulkan kesemua 45 Batch Alumni yang merupakan bekas pelajar SMV/SMT Ert dan KVErt dari tahun 1975 hingga 2023 yang mana ahli Alumni terdiri lebih dari 1000 orang.

Pengerusi Alumni, Dato Zainuri Zain berkata program Sirih Pulang ke Gagang ini berjaya mengumpulkan hampir 400 bekas pelajar dari tahun 1975 hingga 2024 dan ukhuwah serta semangat persahabatan dapat dieratkan kembali.
“Kita dapat mengumpul data-data bekas pelajar kerana setiap batch ada kumpulan alumni tersendiri. Dengan bantuan dari Pengarah, Puan Hajah Majmin Md Noor, Alhamdulillah kita dapat hubungi mereka semua.
“Ini merupakan program pertama dimana kita mengumpulkan alumni lebih 40 tahun, bukan sahaja kita dapat mengimbau kenangan tetapi yang paling utama kita mampu bergerak kehadapan dalam membentuk generasi pelajar bidang TVET ini dengan kerjasama para alumni” katanya dalam sidang media.
Menurutnya lagi, usia alumni yang menjangkau 49 tahun ini bakal mencipta sejarah dengan sambutan jubli emas 50 tahun menjelang tahun 2025.
Presiden Pereka Bumiputera Malaysia, Rasta Rashid yang juga alumni tahun 1991 berkata program alumni seperti ini merupakan satu gerak kerja yang baik dan mampu memberi inspirasi kepada anak-anak pelajar generasi baru.

“Kita boleh menjadikan alumni yang berjaya ini sebagai role model dan contoh kepada para pelajar ini mengikut bidang yang ada antaranya kulinari, rekaan fesyen, kosmetologi, pendidikan kanak-kanak dan sebagainya.
“Kita mahu tunjukkan bahawa pelajar KV boleh berjaya dan disnilah peranan alumni diserapkan agar menjadi contoh yanag baik kepada para pelajar disamping bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan mengikut kehenadak industri semasa” ujaranya.
Majlis ini diadakan untuk menghimpun bekas pelajar demi mengeratkan silaturahim dan mengenang memori juga menyambung legasi dimana alumni dapat memberi inspirasi kepada masyarakat.

Alumni SMV/SMT/KV telah melahirkan ramai tokoh korporat dan figura terkenal dari seluruh Malaysia antaraya pereka fesyen selebriti Malaysia, model antarabangsa, pensyarah berkaliber, Chef-chef di hotel 5 Bintang, pemilik kosmetik terkemuka, jurumekap terkenal juga pengarah-pengarah syarikat bumiputra dan korporat.
KVert juga dalam proses mengumpul dana dan Alumni juga turut terlibat dalam membantu membangunkan Kolej Vokasional selain peruntukan dari Kerajaan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
