Bursa eIPO

Kuala Lumpur – Malacca Securities, sebuah syarikat pembrokeran saham tempatan terkemuka, telah mengumumkan pelancaran langganan eIPO Bursa menerusi aplikasi dagangan sehentinya, M+ Global. Melalui M+ Global, rakyat Malaysia kini boleh berdagang di pasaran saham Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan Hong Kong dengan mudah.

Menerusi ciri menarik baharu ini, pedagang kini boleh memohon saham terbitan awam atau IPO di pasaran Bursa secara langsung dan mudah, seiring dengan inisiatif berterusan Malacca Securities untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam perjalanan pelaburan mereka.

IPO melibatkan sesebuah syarikat swasta untuk menawarkan saham syarikatnya kepada orang awam buat kali pertama. Proses ini membolehkan syarikat mendapat modal untuk pelbagai tujuan, termasuk pengembangan perniagaan, pembayaran hutang, penyelidikan dan pembangunan, serta pemerolehan syarikat. Dahulunya, permohonan IPO merupakan satu proses rumit dan memakan masa, meskipun ia terbukti memberikan pulangan yang
tinggi.


Dengan ciri langganan eIPO Bursa M+ Global, pedagang kini boleh melanggan IPO hanya dengan beberapa langkah mudah. Sebagai tambahan bagi proses yang diperkemas ini, pedagang juga boleh menyelia langganan mereka dengan menerima data masa nyata bagi prestasi IPO dan trend pasaran, mendapat kemaskini peruntukan dan menguruskan pelaburan mereka dengan lancar.

“Sebagai broker saham tempatan yang berdedikasi untuk membimbing rakyat Malaysia, kami sangat teruja untuk menawarkan Langganan eIPO Bursa untuk memberikan pedagang akses yang lebih mudah kepada IPO Bursa. Berdasarkan prestasi sebelumnya, saham IPO di Malaysia telah menunjukkan keuntungan yang besar selepas penyenaraian, menunjukkan potensi perkembangan yang menggalakkan untuk pelabur. Sebelum ini, pelanggan agak ragu-ragu untuk berdagang kerana prosesnya yang rumit dan memakan masa. Melalui pelancaran ciri baharu ini, kami berharap dapat menyelesaikan isu ini dengan mempermudah proses, serta meningkatkan pengalaman pelaburan secara keseluruhan bagi pedagang Malaysia,” kata Lim Chia Wei, Pengarah Urusan Malacca Securities.

Pada awal tahun ini, Melaka Securities mengumumkan penyepaduan aplikasi dagangan perintisnya, M+ Online dengan M+ Global untuk mencipta platform sehenti demi pengalaman dagangan yang bersepadu dan lebih lancar dalam pasaran saham Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan Hong Kong. Pengenalan Langganan eIPO Bursa ini mengikuti jejak langkah kejayaan ciri langganan IPO Hong Kong M+ Global yang dilancarkan pada September 2023.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading