Sekali lagi, team Malaysianews TV berkesempatan mencuba Samsung Galaxy Z Flip 6 yang dikatakan lebih kemas dan lebih pintar dari sebelumnya.
Samsung Unpacked telah berlangsung dengan gemilang apabila Samsung membawakan upgrade terkini untuk Siri Galaxy Z yang dinanti-nantikan. Nampaknya bagi siri Galaxy Z ni, Flip6 menerima peningkatan ketara berbanding model sebelumnya dari segi pemprosesan, RAM dan kamera.
Paling menarik, Samsung menjanjikan sokongan perisian sehingga tujuh tahun membuktikan peranti yang ditawarkan berdaya maju untuk kegunaan jangka panjang.
Apa ada didalam kotak?
1) Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 6
2) Kabel USB C
3) Pin

Apa lagi yang menarik tentang Samsung Galaxy Z Flip 6?
Telefon pintar lipat terbaru Samsung, Galaxy Z Flip6, sudah dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini bersama-sama saudaranya iaitu Galaxy Z Fold6.
Dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk dilengkapi Galaxy AI, ia ditawarkan pada harga RM4,999 untuk versi 12GB RAM + 256GB storan dan RM5,599 untuk 12GB RAM + 512GB storan.
Dari segi reka bentuk, selain daripada jalur berwarna yang mengelilingi set dwi kamera pada penutupnya, Samsung Galaxy Z Flip6 kelihatan hampir sama dengan pendahulunya iaitu Flip5.
Malah, ia berkongsi faktor bentuk, dimensi, serta saiz paparan luaran dan dalaman yang sama.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang membezakannya daripada model sebelumnya.

Reka bentuk sama tetapi…
Menggunakan Z Flip5 beberapa ketika tahun lalu, kami boleh katakan terdapat peningkatan ketara dari segi ketahanan dan ia adalah lebih ringan berbanding siri sebelumnya. Mungkin sebab guna bahan yang ringan.
Bagi Z Flip6, sekali pandang ia kelihatan hampir serupa dengan Z Flip5 dengan berat dan saiz pun sama. Tapi untuk Flex Hinge ia mendapat lipatan yang hampir sempurna dengan gap hanya 0.2mm (0.008 inci). Malah kesan lipatan pada bahagian tengah pun tidak kelihatan jelas, ketika telefon dalam keadaan menyala atau gelap.
Z Flip6 ni juga tak begitu mudah untuk dibuka dengan sekali tolak (guna sebelah tangan) kerana engselnya mempunyai rintangan yang cukup sehingga ia tidak akan terbuka secara tidak sengaja.

Dari segi visual, Z Flip6 mendapat ‘upgrade’ pada bahagian kamera. Cincin berwarna pada sekeliling kamera utama ‘matching’ dengan warna panel belakang telefon. Malah untuk siri kali ini, ia menggunakan kemasan matte pada bahagian belakang, jadi genggaman jadi lebih selesa.
Manakala bingkai dengan bezel skrin menggunakan kemasan jenis berkilat.
Seperti Z Flip5, Samsung menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2 di bahagian belakang dan hadapan. Bahan ini membantu untuk elakkan calar dan retak kalau terjatuh (bukan dari tempat yang terlampau tinggi).
Bingkai pula menggunakan Aluminium Armor yang dipertingkatkan, Samsung kata bahan ni 10% lebih kuat daripada versi sebelumnya. Selain tu, Z Flip6 mendapat penarafan IP48, yang bermaksud ia boleh menahan kemasukan bahan bersaiz lebih besar daripada 1mm dan tahan terendam dalam air tawar. Ini adalah kelebihan berbanding Z Flip 5 dengan penarafan IPX8.


Kualiti kamera lebih Ummphh!
Dari segi pengimejan, akhirnya, Samsung telah menaik taraf barisan telefon pintar lipat kompaknya untuk menampilkan kamera utama dengan lebih daripada 12MP.
Lebih spesifik, Galaxy Z Flip6 dilengkapi dengan sensor utama 50MP, yang sama digunakan pada model Galaxy S24 dan Galaxy S24+.


Sepanjang tempoh menguji kameranya dalam beberapa hari ini, penulis mendapati kualiti imej memang telah bertambah baik berbanding Galaxy Z Flip5, terutama dalam keadaan cahaya rendah.

Galaxy Z Flip6 Kini Dengan Teknologi AI
Samsung telah memperkenalkan AI terbina semasa pelancaran siri S24, nampaknya siri Galaxy Z Flip 6 turut mendapat teknologi yang sama dengan binaan Interpreter, Live Translate, Chat Assist, Circle to Search, Note Assist, Transcript Assist, Photo Assist dan terbaru Drawing Assist.
Kamera hadapan Z Flip6 mengekalkan 10.0MP dan Ultra Wide-angle 12.0M0. Peningkatan diberikan kepada kamera Wide-angle menjadi 50.0MP (berbanding 12.0MP).
Optical kualiti pula boleh sehingga 2x Zoom dan Digital Zoom sehingga 10x. Kamera utama pula kini mempunyai auto zoom (kami akan kongsi pada artikel akan datang) yang hadir dengan Dual Preview, FlexMode dan FlexCam Selfie.

Perisian Mantap
Setakat ini, telefon terasa sangat pantas dan responsif ekoran chipset Snapdragon 8 Gen 3, yang juga telah dioptimumkan untuk menampung ciri-ciri Galaxy AI jenama ini.
Sementara itu, bateri yang ‘onboard’ mempunyai kapasiti sedikit lebih besar iaitu 4,000mAh, yang membolehkan telefon lipat ini bertahan lebih lama berbanding pendahulunya dengan sekali cas. Pengecasan dihadkan kepada hanya 25W.

Ciri-ciri mantap lain
Perbezaan lain ialah variasi warna, yang menggantikan panel belakang berkilat yang mudah meninggalkan kesan cap jari dengan kemasan matte yang tersedia dalam tujuh pilihan iaitu Silver Shadow, Yellow, Blue, Mint, Crafted Black, White, dan Peach.
Kemudian, paparan dalaman telefon kini mempunyai lipatan yang kurang kelihatan garisan tengah skrin apabila dibuka.
Namun, anda masih boleh merasainya garisan lipatan itu apabila anda menggerakkan jari anda melintasi skrin. Umumnya, terasa kurang berbonggol berbanding Galaxy Z Flip5.
Seperti pendahulunya, penulis menggunakan model baru ini dalam bentuk lipatannya untuk melayari aplikasi seperti YouTube, X, dan beberapa lagi.
Walau bagaimanapun, anda masih memerlukan aplikasi Good Lock Samsung dan pluginnya untuk memanfaatkan sepenuhnya skrin penutup, dan papan kekunci akan mengambil lebih daripada separuh skrin jika anda merancang untuk membalas mesej anda.
| Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip 6 | |
|---|---|
| Dilancarkan | |
| Release Status | Release 2024, Jul 10 |
| Prestasi | |
| CPU | Octa-core (1×3.3 GHz Cortex-X4 & 3×3.2 GHz Cortex-A720 & 2×3.0 GHz Cortex-A720 & 2×2.3 GHz Cortex-A520) |
| Chipset | Qualcomm SM8650-AB Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm) |
| GPU | Adreno 750 |
| Memory | 512GB, 12GB RAM, UFS 4.0 |
| Card Slot | No |
| Battery | 4000 mAh, non-removable battery 25W wired, QC2.0, 50% in 30 min (advertised) 15W wireless 4.5W reverse wireless |
| OS | Android 14, One UI 6.1.1 |
| Skrin | |
| Display Type | Foldable Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nits (peak) |
| Display Size | 6.7 inches, 101.5 cm2 (~85.5% screen-to-body ratio) 1080 x 2640 pixels (~426 ppi density) |
| Display Features | Cover display: Super AMOLED, 2600 nits (peak), 3.4 inches, 720 x 748 pixels (Gorilla Glass Victus 2), 306 ppi |
| Badan | |
| Body Dimension | Unfolded: 165.1 x 71.9 x 6.9 mm Folded: 85.1 x 71.9 x 14.9 mm |
| Body Weight | 187g |
| Body Type | Plastic front (unfolded), glass back (Gorilla Glass Victus 2), aluminum frame IP48 water resistant (up to 1.5m for 30 min) Enhanced armor aluminum frame with tougher drop and scratch resistance (advertised) |
| Colors | Yellow, Silver Shadow, Mint, Blue | Online exclusive : Crafted Black, White, Peach |
| Kamera | |
| Rear Camera | Dual: 50 MP, f/1.8, 23mm (wide), 1.0µm, dual pixel PDAF, OIS + 12 MP, f/2.2, 123˚ (ultrawide), 1.12µm |
| Front Camera | 10 MP, f/2.2, 23mm (wide), 1.22µm |
| Video | 4K@30/60fps, 1080p@60/120/240fps, 720p@960fps, HDR10+ Selfie: 4K@30fps |
| Camera Features | LED flash, HDR, panorama Selfie: HDR |
| Komunikasi | |
| Sim Card | Nano-SIM and multi eSIM |
| Data Speed | HSPA, LTE (CA), 5G |
| WLAN | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6e, tri-band, Wi-Fi Direct |
| Bluetooth | 5.3, A2DP, LE |
| NFC | Yes |
| USB | USB Type-C 3.2, OTG |
| Sensor | |
| Sensor | Fingerprint (side-mounted), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer |
| GPS | GPS, GALILEO, GLONASS, BDS, QZSS |
| Audio | |
| Loud Speaker | Yes, with stereo speakers |
| 3.5mm Jack | No 32-bit/384kHz audio |





