Kuala Lumpur – MagLifestyle mempersembahkan koleksi terbaharu Musim Bunga/ Panas 2025 di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2024 disaksikan oleh para jemputan dan peminat fesyen tempatan. Pertunjukan fesyen kali ini mempamerkan gaya dan glamor dalam penuh kepelbagaian dan kegemilangan.
The Aurora ialah koleksi yang diilhamkan daripada keindahan cahaya di ufuk utara – atau lebih tepat lagi dipanggil “blood aurora” yang jarang sekali ditemui. Struktur sinarnya menyerupai lembing, dengan lengkungan yang berbentuk seperti naga berapi. Merah menyala Aurora mewakili semangat dan pemerkasaan untuk wanita moden masa kini.

Salah satu rekaan yang menyerlah di pentas peragaan kali ini ialah gaun berkait midi rona tanah dengan belahan pada bahagian badan dihiasi gelombang jaringan dijahit tangan dan juraian labuci merah bergemerlapan yang membawa pelbagai makna tersirat asal usul aurora. Satu siri rekaan dari sifon ringan datang dalam variasi berbeza dengan lilitan leher, pergelangan tangan dan pinggang daripada “rome rib”. Rekaan ini sesuai sebagai pakaian harian untuk para wanita yang mementingkan gaya.
Tulle turut diterjemahkan ke dalam pakaian lelaki – ini adalah sesuatu yang baharu buat MagLifestyle. Potongan pakaian lelaki ini menitikberatkan keseimbangan antara estetika dan kebiasaan. Unsur maskulin dan feminin disatukan sebagai satu konsep yang dipanggil ‘human wear’.


Perincian pada gaun hitam, jaket dan seluar tampak lebih mempersona dengan alunan gelombang kecerahan sinar yang tenggelam dalam kegelapan malam aurora. “Superstar” di pertunjukan fesyen kali sudah pastinya perincian halus juntaian diamante, labuci berkilauan, kelopak tulle serta bulu burung dan kasawari membentuk bunga 3D menghiasi setiap gaun. Ini adalah signature gaya MagLifestyle yang telah diberi nafas baharu untuk koleksi kali ini.

Koleksi MagLifestyle Spring / Summer 2025 boleh didapati dalam talian di www.maglifestyle.com dan semua kedai fizikalnya yang terletak di Publika Shopping Gallery, One Utama Shopping Centre, Pavilion Damansara Heights, Isetan The Gardens Mall,
