Kuala Lumpur – Dalam melahirkan belia terbaik bukan sahaja aspek jati diri namun berkepimpinan dan berani yang mampu menongkah era globalisasai pastinya menjadi agenda setiap negara.
Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) ialah platform di mana mentaliti belia dalam kepimpinan, perundingan dan diplomasi akan dibangunkan dalam melahirkan generasi yang lebih inovatif.
Pengasas dan Presiden International Global Network, Muhammad Fahrizal berkata, Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi program kali ke-empat belas ini yang menyatukan peserta dari 28 buah negara berkongsi pandangan dan idea dari generasi pelapis untuk diketengahkan.
“Model United Nations ialah simulasi diplomatik di mana perwakilan berumur 17 hingga 25 tahun dipilih dari pelbagai negara dan ditugaskan ke negara lain untuk memainkan peranan sebagai diplomat.
“Perwakilan yang dipilih harus menyatakan kepercayaan negara mereka dalam jawatankuasa dengan topik tertentu untuk meluluskan resolusi yang menggalakkan.
“Perwakilan harus menunjukkan kemahiran mereka dalam berunding, pengucapan awam, kertas jawatan dan penulisan resolusi dan diplomasi. Resolusi yang diluluskan akan diambil kira untuk diluluskan sama ada kepada organisasi, pegawai kerajaan atau projek sosial” katanya dalam sidang media.
Jelasnya lagi, para peserta akan mewakili delegasi negara yang ditentukan dan akan diberi tugasan mengikut bidang majlis yang diberi antaranya, UNICEF, INTERPOL, WHO, WTO, UNHCR dan UNESCO. Setiap peserta wajib memberikan perkongsian ilmiah, pandangan dan ulasan bagi mengasah keberanian pengucapan awam.
“Peserta bukan sahaja didedahkan dengan teknik dan skil pengucapan awam, namun yang paling utama adalah nilai kepimpinan yang ditonjolkan dapat melahirkan generasi belia yang terbaik.
“Selain itu, peserta juga boleh membina hubungan diantara peserta-peserta lain dari pelbagai negara sebagai satu nilai tambah untuk pendidikan, kerjaya dan sebagainya” tambahnya lagi.
