51722781867_TBBADMINTONLAKI

BEREGU lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.

Misi mempertahankan pingat gangsa yang pernah diraih di Tokyo 2020 sebelum ini tercapai apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan Denmark itu dengan kutipan mata 16-21, 22-20 dan 21-19.

Pasangan beregu nombor satu negara itu bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menumpaskan lawan mereka di set kedua, seterusnya mencatat kemenangan di set ketiga.

Di Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk membawa pulang pingat gangsa.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading