Maxim

Kuala Lumpur – Sarawak dipilih menjadi tuan rumah untuk acara Sukma 2024, dimana beberapa bandar menjadi tuan rumah untuk mengendalikan program. Antara daerah yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu, dan Miri. Dengan dijangkakan lebih 40,000 penyokong datang dari seluruh negeri.

Bersemperna dengan program ini, Maxim E-hailing telah meningkatkan aplikasinya dengan menambahkan akeses ke semua lokasi pusat sukan dan tempat menunggu yang popular pada peta. Penumpang boleh mendapatkan akses terus ke lokasi dan menunggu degan tenang tanpa perlu risau tentang tempat letak kereta dan berjalan jauh kerana pihak Maxim telah menggalkan rakan-pemandu untuk bekerja lebih pada masa ini. Ia membuatkan semua penumpang mendapat perjalanan yang tersedia dengan khidmat yang selesa, cepat dengan kelebihan rakan-pemandu mendapat lebih banyak tempahan.

Selain itu, peta Maxim dikemas kini untuk pembetulan automatik di bahagian lokasi. Ini bermakna pengguna tidak perlu risau tentang lokasi popular atau pusat sukan yang ingin dituju, kerana sistem pengoptimuman
akan berubah secara automatik. Syarikat juga mengukuhkan kerja perkhidmatan sokongan yang menjadikan penerimaan tempahan lebih cepat. Ia membantu pengguna yang mempunyai sebarang soalan, mendapatkan jawapan dalam masa yang lebih singkat.

“Jumlah tempahan meningkat lebih dari 30% mulai 12 Ogos, apabila ramai atlet mula tiba di Kuching. Kami memantau setiap tempahan dan mengakui lokasi yang paling banyak dikunjungi untuk memastikan setiap tempahan selesai tanpa sebarang masalah. Banyak penambahbaikan dilakukan untuk Sukma Sarawak, sebagai menunjukkan yang terbaik untuk pengguna kami dan juga menunjukkan sokongan kepada program ini” kata ketua Maxim bahagian Kuching, Ericson Bryan.

Dalam situasi lain, Maxim menyerlahkan isu barang tertinggal di dalam kereta dengan dua penyelesaian. Mereka boleh mendapatkannya kembali secara langsung dalam masa yang singkat. Pertama, hanya pergi ke sejarah perjalanan, pilih mesej dengan pemandu, dan hubungi dia untuk mengatur titik pertemuan. Yang kedua ialah buka “Menu”, pilih “Sokongan”, dan kongsi maklum balas melaluinya atau hubungi sokongan pengguna. Pasukan dari jabatan akan membantu dengan langkah seterusnya dan memulangkan barang.

Menaiki e-hailing adalah pengangkutan yang paling dicadangkan untuk melawat Sukma Sarawak. Ia lebih memudahkan untuk pelbagai pihak dengan harga yang berpatutan dan perjalanan yang selesa.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading