matrade-fedex-696x392

Kuala Lumpur – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Federal Express Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) sempena perlangsungan Pameran Halal Antarabangsa ke-20 (MIHAS 2024), untuk membantu peniaga eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meluaskan jangkauan mereka ke arena antarabangsa.

Woon Tien Long, Pengarah Urusan FedEx Malaysia menekankan bahawa kolaborasi dengan MATRADE menunjukkan dedikasi mereka menyokong hasrat PKS mengembangkan perniagaan eksport ke peringkat antarabangsa. “Kami yakin bahawa kerjasama bersama MATRADE akan mempercepatkan pertumbuhan PKS Malaysia di pentas global dan menyumbang kepada daya tahan ekonomi keseluruhan Malaysia dan rantau ini,” tegas Woon Tien Long.

Menurut YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, tujuan utama MATRADE menandatangani MOU bersama FedEx adalah untuk melengkapkan PKS dengan perkongsian pengetahuan dan kepakaran supaya dapat membantu mereka meluaskan jangkauan perniagaan dan jenama mereka ke luar negara. “Dengan menggabungkan sumber dan kepakaran FedEx, kami boleh menyediakan platform yang lebih teguh untuk PKS berkembang maju dan berdaya saing dalam pasaran antarabangsa,” katanya.

Menerusi perjanjian ini, FedEx, salah sebuah syarikat pengangkutan ekspres terbesar di dunia, akan berkongsi ilmu mengenai penghantaran rentas sempadan kepada PKS termasuk meningkatkan kesedaran pengusaha mengenai perkembangan logistik yang berteraskan kecekapan rantaian bekalan, pengoptimuman proses penghantaran barangan antarabangsa, menekankan penggunaan peralatan digital inovatif dalam industri serta penganjuran seminar mengenai pematuhan syarat penghantaran perdagangan antarabangsa.

Menurut Tien Long lagi, dengan menggabungkan sumber promosi eksport MATRADE dan perkhidmatan penghantaran ekspres terkemuka industri oleh FedEx, pengeksport Malaysia akan mendapat manfaat dan sokongan menyeluruh untuk mengembangkan perniagaan e- dagang rentas sempandan dan mewujudkan perkhidmatan rentas global yang lebih kukuh.

“FedEx yakin kerjasama strategik bersama MATRADE bukan sahaja akan memberi manfaat kepada PKS Malaysia malah boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan perdagangan antara Malaysia dan dunia,” tambahnya.

Kenyataan ini turut disokong oleh YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz yang mengulas, “MOU antara MATRADE dan FedEx merupakan inisiatif yang tepat pada masanya untuk merapatkan jurang antara syarikat Malaysia dengan pasaran antarabangsa, terutamanya melalui penggunaan rangkaian global FedEx, di mana kepakaran logistik serta perkhidmatan yang ditawarkan melalui 49 cawangan globalnya di seluruh dunia dapat dimanfaatkan melalui MATRADE.”

Tambahnya, tujuan utama MATRADE menandatangani MOU bersama FedEx adalah untuk melengkapkan PKS dengan perkongsian pengetahuan dan kepakaran supaya dapat membantu mereka meluaskan jangkauan perniagaan dan jenama mereka ke luar negara.

“Dengan menggabungkan sumber dan kepakaran FedEx, kami boleh menyediakan platform yang lebih teguh untuk PKS berkembang maju dan berdaya saing dalam pasaran antarabangsa,” katanya.

Menyedari keperluan untuk membantu PKS menembusi pasaran baharu, meningkatkan hubungan perniagaan dan mempercepatkan proses penghantaran, MATRADE memilih untuk berkerjasama dengan FedEx untuk memastikan pembinaan rangkaian logistik yang lebih kukuh, menggalakkan penghantaran dan pengedaran barangan yang efisien bagi memanfaatkan potensi pasaran.

Inisiatif ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12, yang menekankan pendigitalan, pembangunan PKS dan meningkatkan keupayaan perdagangan bagi pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading