Kuala Lumpur – Majlis penutup peraduan “Travel with Larrie” diadakan dengan sambutan yang bertemakan “Pickleball’ di pusat membeli belah Lalaport, BBCC.
Tiga pemenang telah dipilih untuk memenangi hadiah utama peraduan tersebut. Antara hadiah utama yang ditawarkan adalah percutian di Jepun yang bernilai RM10,500 manakala di tempat kedua adalah percutian ke Taiwan bernilai RM7,000 dan percutian ke Bali bernilai RM4,000 bagi tempat ketiga.
Dengan hadiah melebihi RM33,000, peraduan “Travel with Larrie” telah menarik penyertaan yang tinggi, dengan acara kemuncak adalah pengumuman tiga pemenang utama.

Peraduan yang berlangsung dari 1 September 2024 hingga 31 Oktober 2024, adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Larrie untuk memenangi hadiah melancong ke destinasi Impian mereka.
Pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertunjukan fesyen terkini dari koleksi Larrie Musim Bunga/Panas 2025 serta pengumuman kempen Green Checkout bersama Mastercard.
Tema “Pickleball” dipilih adalah bertujuan untuk menunjukkan keselesaan dan sokongan kaki dari produk tapak dalaman kasut Larrie, yang direka dengan teknologi lantunan semua, yang bersesuaian dengan segala aktiviti termasuklah berolah raga.
Dalam masa sama, Larrie turut melancarkan kempen Green Checkout dengan kerjasama Mastercard. Inisiatif ini menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Sebagai sebahagian daripada komitmen Larrie terhadap kelestarian alam sekitar, kempen ini membolehkan pelanggan menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian.

Di bawah program Green Checkout, pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih secara automatik menyokong usaha penghutanan semula. Inisiatif ini menyasarkan pengguna yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar, menawarkan mereka cara untuk memberi impak positif melalui pilihan membeli-belah mereka sambil membiayai program penghutanan semula dan mempromosikan masa depan yang lebih hijau.
Larrie juga merasmikan koleksi baharunya bagi Musim Bunga/Musim Panas 2025 bertemakan: “Retro Vibes: Revaging Classics with a Modern Spin.”
Diinspirasikan dari dunia K-Pop yang penuh dinamik dan kepelbagaian, koleksi ini memainkan inspirasi dari kepelbagaian warna, kreativiti dan gaya terkini. Selebriti K-Pop diraikan diraikan kerana gaya berani dan kepelbagaian mereka, menggabungkan pakaian jalanan, “high fashion” dan elemen tradisional dengan gaya yang tersendiri dan unik.
Larrie for Him
Mengambil inspirasi gaya dan kepelbagaian dunia K-pop yang bertenaga, koleksi Larrie for Him untuk mengangkat gaya sukan yang kasual dengan sentuhan retro.
Kasut sukan bertali didatangkan dalam kulit tiruan dengan warna retro yang menarik seperti coklat gelap, merah terang dan biru kobalt. Kasut loafers yangn dibuatkan dari kulit tiruan dikemaskan lagi dengan ciri yang unik untuk mencerminkan aksi fesyen K-Pop yang dinamik dan moden di Seoul, yang ditafsir semula melalui kanta K-pop.
Gaya klasik ini tersedia dalam warna yang berani seperti biru elektrik, kelabu bandar, coklat perang dan hijau zaitun.

Larrie for Her
Bertemakan semangat wanita moden Seoul dan gaya berani selebriti K-Pop, koleksi Larrie for her bercirikan gaya klasik yang selesa dalam warna yang menarik dan pelbagai. Kasut sarung, kasut wedges dan sandal terbuka dengan tapak yang tebal didatangkan dengan warna klasik seperti ungu, putih dan kelabu arang. Untuk sandal kasual terbaru pula didatangkan dengan strap yang boleh laras, bagi memastikan kesempurnaan dan keselesaan.
Untuk musim ini, sandal sukan nipis diperbaharui dengan pelbagai warna yang berani dan menarik seperti biru navy, merah merun dan ungu gelap. Kasut ballet juga diperbaharui dengan ciri moden yang penuh dengan gaya kewanitaan dan retro pada setiap rekaan.
Kesemua kasut direka dari bahan getah lembut yang sesuai untuk kaki dan mempunyai pengaliran udara yang bagus untuk memberikan keselesaan maksima kepada pemakai.
Koleksi terbaru Larrie ini boleh didapati di semua pusat membeli belah utama seluruh negara dan atas talian di larrieconceptstore.com dan larrieshoes.com.
Kedai rasmi Larrie juga boleh didapati di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga bermula dari RM 99 sehingga RM 239.90.
