bb3035d87ec043ef4e0e28c621167151603cde30582ff

Tahun ini HeiTech Padu Berhad (HeiTech) genap 30 tahun dalam dunia perniagaan. Ia telah melakar sejarah tersendiri dan merupakan konglomerat ICT tempatan yang instrumental dalam mencorak keperluan ICT negara sejak 1994.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, pergolakan ekonomi dan perubahan kepimpinan negara sepanjang 30 tahun yang lalu, HeiTech terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dalam era revolusi perindustrian dan digital.

Terlalu banyak laporan negatif dan kenyataan sinis menyelubungi HeiTech, namun ia tidak mematahkan semangat juang HeiTech untuk terus menyumbang kepada pembangunan teknologi negara. Perniagaan HeiTech terus kukuh.

Ini jelas terbukti apabila baru-baru ini dalam pengumuman  prestasi laporan kewangan bagi suku ketiga 2024 HeiTech telah mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 71.95% kepada RM109,077 juta berbanding RM63.268 juta yang dicatatkan pada suku sama sebelumnya.

Peningkatan positif ini menunjukkan HeiTech terus teguh di tengah-tengah cabaran ekonomi serta persekitaran persaingan yang semakin sengit.

Ditubuhkan dengan nama PNB Information Technologies Sdn Bhd (PNBIT) pada tahun 1994, HeiTech terus menerajui transformasi digital merentasi pelbagai industri melalui penyelesaian digitalnya seiring dengan pertumbuhan sosio ekonomi negara.

Kini selepas 30 tahun ia terus menjadi pusat inovasi dalam landskap teknologi Malaysia dan merupakan sebahagian daripada pemacu pertumbuhan teknologi digital di negara ini. Disamping memberi tumpuan kepada perniagaan teras, HeiTech turut mempelbagaikan cabang perniagaannya dalam sektor-sektor berimpak tinggi yang berorientasikan digital.

Ini termasuklah meneroka bidang lain seperti tenaga boleh diperbaharui dan pertahanan bagi memastikan pelan kepelbagaian untuk kekal di landasan yang betul dan juga akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi Kumpulan. Disamping itu juga HeiTech menawarkan produk digital seperti sistem letak kereta pintar, e-KYC, gerbang pembayaran dan aplikasi pintar untuk majlis tempatan, koperasi, sekolah dan portal pengajaran.

HeiTech menyasarkan untuk menjadi Penyedia Perkhidmatan Teknologi Digital yang komprehensif dengan memanfaatkan teknologi baru, meluaskan keupayaan operasi, mengembangkan pangkalan pelanggannya, mempelbagaikan perniagaannya dan meningkatkan kedudukan kewangannya.

MENGIMBAS SEJARAH PENUBUHAN HEITECH

Pada tahun 1990an dunia baru sahaja diperkenalkan kepada penggunaan meluas internet dan dunia tanpa sempadan. Ketika itu, masih belum ada syarikat Bumiputera yang menjadikan IT sebagai operasi perniagaan teras mereka.

Pada peringkat awal penubuhannya, cabaran utama yang perlu dihadapi oleh HeiTech adalah persepsi pelanggan utama mereka yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan yang masih belum begitu bersedia untuk melaksanakan perubahan kepada sistem automasi serta berurusan menggunakan komputer, bernadikan sistem pangkalan data pusat.

Ketika itu bidang IT merupakan sesuatu yang baharu dan sebagai penyedia perkhidmatan, HeiTech yang memainkan peranan meyakinkan mereka dan menanggung risiko tersebut.

HeiTech menampilkan prestasi yang membanggakan apabila beberapa kementerian dan jabatan penting dalam kerajaan berjaya melaksanakan proses peralihan kepada sistem automasi dan penggunaan komputer sepenuhnya. Sebilangan besar pelanggannya berjaya meraih anugerah kecemerlangan daripada kerajaan dan swasta setelah melaksanakan peralihan tersebut.

Di sini kita dapat bayangkan betapa pesatnya perkembangan HeiTech yang berasal daripada hanya sebuah subsidiari dalam PNB, diambil alih oleh Dato’ Sri Mohd Hilmey dan ditukar nama kepada HeiTech Padu Berhad pada tahun 1994 dan disenarai awam pada tahun 2000. Jumlah kakitangan syarikat ini juga bertambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan operasi. Sehingga kini, HeiTech digerakkan oleh lebih kurang 1,000 kakitangan

Kejayaan demi kejayaan dicapai sehingga HeiTech dianggap sebagai sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan penyelesaian IT yang inovatif, boleh dipercayai, cekap, berkepakaran tinggi serta mempunyai rekod pencapaian membanggakan, menjadikannya sebagai penyedia perkhidmatan IT kepada sektor awam dan swasta yang paling terkemuka di negara ini.

MAJU KEHADAPAN

HeiTech sememangnya telah melalui perjalanan yang luar biasa, mengharungi pelbagai cabaran dan akan muncul lebih kuat setiap kali berdepan ujian getir. Kekuatan yang berkekalan ini telah mengukuhkan legasi entity ini sebagai organisasi yang teguh dan berpandangan jauh.

Komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan inovasi telah membolehkan syarikat ini merebut peluang pertumbuhan baharu sambil terus berdedikasi untuk berkhidmat kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

30 tahun perjalanan ini adalah bukti Heitech tetap teguh serta berharap ia masih kukuh menaungi dunia perniagaan negara kita.

Satu perjalanan yang penuh ranjau dan duri.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading