40241102-af0b-49b7-b8e1-e9f31548319c

Kuala Lumpur – Bersesuaian dengan wajah baharu yang dibangunkan di hotel popular di sini, Hilton Petaling Jaya (Hilton PJ) turut juga mengubah suai restoran Cina ikoniknya  dengan konsep, tema yang lebih moden dan terbaharu.

Restoran Toh Yuen yang terletak di paras satu dalam bangunan  hotel tersebut kini tampil lebih segar dan bergaya dengan dilengkapi hiasan dalaman unik selain susunan perabot moden untuk menawarkan pengalaman lebih menarik, santai tetapi mewah kepada para pengunjungnya.

Bagi meraikan Feast of Fortune akan datang ini, Restoran Toh Yuen mempersembahkan gabungan tradisi dan inovasi yang menarik serta menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk tetamu memperingati hari indah itu.

Para tetamu dipersembahkan dengan keindahan kulinari oleh Cef Dexter Lai yang berpengalaman selama 19 tahun. Hidangan yang disediakan mencerminkan kesenian, kreativiti dan dedikasinya dalam mereka dan meningkatkan hubungan baik melalui makanan pada tahun baru ini.

Hidangan istimewa yang ditonjolkan adalah antaranya, Daging Wagyu yang dimasak denga tekanan rendah bersama Nasi Yis Merah & herba. Menu ini menggabungkan tradisi dan inovasi bagi menghasilkan hidangan yang menyelerakan.

Bagi menu perayaan wajib, sudah tentulah variasi khas Yee Sang dengan Abalon, Hokkaido Scallop, dan Akemi Tuna Sashimi dilengkapi Truffle Oil, bersama-sama dengan dim sum simbolik seperti Roti Lava Golden untuk kemakmuran dan Bebola Ikan Kukus untuk perpaduan. Kesemuanya dibuat dengan bahan-bahan terbaik dan
dipersembahkan dengan kecemerlangan seni kulinari yang mengagumkan.

Dalam menambah keseronokan menikmati hidangan, restoran Toh Yuen juga turut menganjurkan satu siri aktiviti kebudayaan yang menarik antaranya bengkel pembuatan Yee Sang dan permainan bertemakan ular yang menarik untuk menghiburkan kanak-kanak.

Para pelanggan boleh menikmati makan malam bersama keluarga mahupun rakan-rakan dan juga menjadikan ia sebagai makan malam romantis bersama pasangan. Hotel Hilton Petaling Jaya adalah tempat yang sesuai untuk
perayaan yang tidak dapat dilupakan.

Disini juga, para pelanggan boleh menikmati Kuah Maw Ikan Rebus yang dimasak dengan daging ketam dan Kerang Kering, Ayam kukus dengan kuah cendawan Cordyceps, Udang Harimau Goreng dengan Sos gaya Szechuan, Ikan Garoupa Harimau Naga kukus dengan bawang merah dan bawang putih dicincang, timun laut rebus dan cendawan shitake bersama sayuran bermusim dan Puri Embun Madu sejuk dengan Konnyaku Labu.

Bagi tawaran harga diantara RM1,688 bersih untuk 6 orang hingga RM2,888 bersih untuk 10 orang. Sebagai bonus, semasa Tahun Baru Cina nanti, menu Dim Sum à la carte akan disediakan untuk sarapan hanya pada Sabtu dan Ahad dari 8:00 pagi hingga 11:00 pagi (11 Januari – 9 Februari 2025), dan Rabu hingga Jumaat dari 8:00 pagi hingga 11:00 pagi (29 – 31 Januari 2025).

Kempen Feast of Fortune bermula pada bulan Januari dan berlangsung sehingga Februari 2025. Tempah jamuan Tahun Baru anda lebih awal dan nikmati penjimatan yang hebat. Untuk tawaran Early Bird, promosi dari 26 Disember 2024 hingga 15 Januari 2025, tetamu boleh menikmati diskaun 25% apabila menjamu selera dalam kumpulan 10 porang dan ke atas.

Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan, hubungi Toh Yuen di 603 7955 9122, melalui WhatsApp di 0162160414, atau e-mel kepada PETHI_FB@hilton.com, atau layari eatdrinkhilton.com.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading