Kuala Lumpur – Â Pengeluar produk kesihatan dan kecantikan, CONBOO meletakkan kejayaan sebagai penaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 platform memperkenalkan produknya kepada masyarakat.
Pengarah CONBOO International, Mohamad Noor Syauqi Mohammad Shatiee berkata, selepas ABPBH 36 yang lalu, jenama ini semakin dikenali ramai dan sekali gus melonjakkan jualan produk.
“CONBOO bermula dengan BEAU3 milk iaitu susu kambing dengan 4 perisa antaranya melon, strawberi, coklat dan pisang, susu ini merupakan makanan tambahan bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh mengamalkannya untuk penjagaan kulit serta booster tenaga setiap hari.

“Produk ini menggunakan bahan premium semula jadi merangkumi madu Manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutathione, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma, krimer dan stevia.
“Jadi, pengguna akan dapat kecantikan semula jadi tanpa perlu membuat suntikan. Pengguna tak perlu lagi menggunakan kaedah suntikan selepas mengambil produk ini,” katanya selepas majlis pelancaran di hotel Royal Chulan disini.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha yang dilantik menjadi duta produk ini menambah, susu BEAU3 sentiasa menjadi minuman pilihannya dua kali sehari bagi membantu dari segi penjagaan kulit dan penambah tenaga.

“Saya memang mengamalkannya setiap hari dan perisa melon yang paling saya suka.
“Dengan jadual saya yang ketat dan sentiasa sibuk, BEAU3 sangat-sangat membantu, setiap hari saya akan memakai mekap di set pengambaran dan saya terdedah dengan masalah jerawat dan jeragat, jadi dengan pengambilan susu ini menjadikan kulit lebih sihat dan cantik” ujarnya.
Melancarkan 4 jenis wangian
CONBOO turut melancarkan 4 jenis wangian premium dengan kepekatan Eau De Parfum 30ml. Koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki; CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE, serta dua haruman mewah untuk wanita; BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.
Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90, menjadikannya pilihan terbaik sebagai pelengkap gaya dan kecantikan.

Syauqi menambah, setiap kecantikan pasti dilengkap dengan wangian dan dengan itu CONBOO memilih untuk melancarkan wangian premium pada harga mampu milik ini.
“Ketika team kami ke Eropah baru-baru ini, kami berbincang untuk mengeluarkan wangian yang direka berdasarkan bauan wangian terkenal, maka terhasil 4 jenis wangian ini yang pasti menjadi pilihan ramai kerana baunya yang mewah dan elegan.

“Kita dah cantik dengan BEAU3 dan wajiblah wangi dengan CONBOO Scents” selorohnya.
Jelasnya lagi, pihaknya berhasrat menggunakan khidmat Hannah Delisha sekali lagi sebagai duta minyak wangi ini.
