AL-QUDS-UMRAH

KUALA LUMPUR Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman, berkata pembatalan lesen itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

“Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan dua perenggan hari ini.

Sebelum ini, MOTAC menggantung lesen syarikat berkenaan bermula 9 Julai 2024 hingga 19 Jan 2025.

Dilaporkan syarikat terbabit terpalit dengan kes penipuan umrah dan setakat ini, kebanyakan mangsa masih menunggu untuk mendapatkan pampasan mereka.

— BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading