95ea7bcc-99a4-4774-bcee-e6f1e7d4facb

Kuala Lumpur –  Jenama tekstil terkemuka ALFARO melancarkan koleksi raya 2025 dengan memperkenalkan baju kurung moden, abaya, baju melayu dan koleksi baju raya keluarga mengikut citarasa terkini.

Jenama ini yang telah 18 tahun di pasaran sentiasa memastikan koleksinya menepati trend dan minat pelanggan setiap tahun.

Pengasas ALFARO, Farooq Ahmad berkata, Alfaro memastikan rekaannya mampu memenuhi keperluan pelanggan dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Koleksi ini juga menawarkan gaya yang elegan serta pilihan pakaian yang inklusif untuk pelanggan dengan saiz lebih besar. Setiap reka bentuk disusun dengan tema yang konsisten, memastikan gabungan warna yang serasi serta reka bentuk yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan yang berbeza.

“Koleksi raya 2025 ini memperlihatkan fesyen gabungan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan padanan yang bergaya dengan sentuhan moden.

“Keunikan koleksi tahun ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam jahitannya selain turut mengutamakan reka bentuk yang penuh inovasi” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran.

Alfaro yang menitikberatkan kualiti menggunakan fabrik premium untuk memastikan kualiti yang terbaik. Di samping itu, tukang jahit yang berkemahiran tinggi digunakan untuk menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menarik tetapi juga tahan lama dan selesa dipakai.

Farooq turut menambah, ini merupakan tahun ketiga Alfaro melantik selebriti, Fasha Sandha sebagai duta jenama yang banyak memberi pengaruh besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung mampu memperkenalkan jenama ini dengan lebih meluas.

Pemilihan Fasha dibuat kerana yakin bahawa pelakon ini mampu memberikan impak besar kepada jenama ini.

“Tahun ini adalah tahun yang ketiga Fasha menjadi duta jenama kami, sejak dari tahun pertama pelantikannya, Alfaro semakin dikenali dan jualan koleksi terutama pada musim perayaan mendapat lonjakan lebih tiga kali ganda.

“Fasha juga sentiasa dapat meluangkan masanya untuk aktiviti yang kami aturkan terutama program CSR sepanjang bulan puasa” ujarnya lagi.

Duta jenama dan juga selebriti, Fasha Sandha melahirkan rasa syukurnya apabila sekali lagi ditawarkan menjadi duta Alfaro.

“Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi saya menjadi duta Alfaro dan ini adalah tahun ketiga bersama mereka.

“Setiap tahun menjelang raya, saya dan seluruh keluarga akan memakai pakaian dari Alfaro kerana kami sukakan material fabrik yang berkualiti dan paling penting selesa, bagi rekaan pula ada pelbagai yang menjadi pilihan mengikut citarasa masing-masing.

“Memang ada banyak tawaran lain tapi saya kekal memilih Alfaro. Bukan semata-mata kerana menjadi duta, tapi memang saya pakai baju ini sebab sukakan setiap perinciannya. Sebab itu saya masih setia dengan Alfaro. Lagi satu, harganya juga tidak terlalu mahal dan ramai orang mampu untuk memilikinya. Kita bayar untuk sesuatu yang berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki” katanya.

Bagi memudahkan pelanggan mendapatkan koleksi ini, ALFARO menyediakan hampir 8 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh. Pelanggan juga boleh membeli koleksi ini secara dalam talian melalui platform seperti TikTok, Lazada, Shopee, dan laman web rasmi ALFARO.

Harga yang ditawarkan di Alfaro juga sangat berpatutan, menjadikannya pilihan yang tepat untuk gaya raya anda nanti.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading