Petaling Jaya – Syarikat penyedia perkhidmatan Pembangunan Perisian dan Pengintegrasian, JEMiSys Technologies Sdn Bhd adalah antara entiti perniagaan pertama di Malaysia dalam bidang perisian barang kems.
Memulakan perniagaan pada tahun 2006, JEMiSys Technologies kini membekalkan perisian lengkap dan terkini kepada pemain industri emas antaranya Habib Jewels, Merchant 9, Pandora, De Gem dan banyak lagi.
Pengarah JEMiSys Technologies Sdn. Bhd., Ted Chow berkata, perisian yang dibangunkan merupakan sistem kepada perniagaan pelbagai saiz dalam industri perusahaan perhiasan antaranya penjual, pemborong dan pengilang emas.

“Kami menggabungkan perisian pembangunan terkini dalam teknologi yang selalu berkembang, selain itu kami juga berfungsi menyediakan perkhidmatan pembangunan perisian berkualiti tinggi yang memenuhi permintaan trend industri pada masa sekarang.
“Industri barang kemas terdedah dengan risiko kerugian jutaan ringgit kerana tiada satu sistem atau perisian inventori yang merekod setiap keluar masuk dan transaksi emas dengan lengkap, kebanyakannya pemain industri hanya merekodkan secara manual dan ini merisikokan perniagaan dengan kesilapan semasa rekod, penipuan dan kecurian.
Tambahnya, perisian JEMiSys ini membantu memudahkan pemain industri terutama dalam sistem rekod dan inventori setiap item dan juga mengenalpasti keberadaan barang kemas yang ada di premis.
“Sebagai contoh, barang kemas yang dijual adakalanya melalui proses pemotongan jika ianya besar dari saiz pembeli, jadi kemana perginya lebihan emas yang dipotong itu dan disini pentingnya perisian yang kami sediakan dimana setiap lebihan emas itu tadi akan direkod dan diletakkan nombor item dan ID staf yang memasukkan rekod itu tadi akan tertera didalam perisian tersebut.
“Jadi kita akan tahu setiap data barang kemas itu, bukan itu sahaja, perisian kami juga menyokong sistem e-invois dimana ia akan memudahkan pemain industri membuat audit setiap tahun” jelasnya dalam sesi temuramah di ibu pejabatnya disini.

JEMiSys menawarkan kemudahan dan kecekapan yang signifikan bagi pengguna. Dengan ‘dashboard’ yang mesra pengguna, JEMiSys membolehkan pengguna untuk mengeluarkan dan mengurus e-invoice tanpa memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Pengguna juga dapat mencari invois dengan cepat menggunakan nombor invois, tarikh transaksi, atau kod pelanggan, yang menjadikan proses pengesahan lebih cepat dan cekap.
Ted menambah, JEMisys menawarkan integrasi menyeluruh dan automasi pintar. Sistem JEMiSys disepadukan dengan e-dagang, perakaunan, serta automasi harga emas berdasarkan pasaran semasa, yang membolehkan perniagaan menguruskan operasi mereka dengan lebih cekap.
“Teknologi kami juga berasaskan pengkomputeran awan (cloud-based) walaupun Pelanggan-Pelayan (Client- Server), membolehkan pemilik perniagaan memantau operasi dari mana-mana sahaja. Pada masa yang sama, antaramuka mesra pengguna kami dapat memudahkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk menggunakan sistem dengan lebih mudah.
“Saya yakin mengatakan perisian ini memberi kemudahan dan keberkesanan sehingga 80% ketepatannya, dalam masa sama ia juga mampu mengurangkan kos tenaga kerja” tambahnya lagi.

JEMiSys juga menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bagi membantu syarikat barang kemas meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kehilangan barang, dan memastikan pengurusan stok lebih sistematik. RFID dihubungkan dengan system JEMiSys POS & ERP bagi membolehkan pemantauan pergerakan stok dengan lebih sistematik.
Selain itu, sistem ini turut dikemaskan dengan teknologi AI yang mampu mengatasi kesilapan sekaligus meningkatkan capaian integrasi perisian.
Jelasnya lagi, JEMiSys dalam proses memohon pensijilan patuh syariah kerana memahami urusan jual beli emas bagi yang beragama Islam dan ini merupakan sebahagian sumbangannya kepada masyarakat.
