2c8494fd-d925-4881-bc30-ed57f85aef3e

Shah Alam – Pengeluar minuman ringan, Tapping Tapir melancarkan produk baharunya, gutC berperisa wild berry yang merupakan minuman mengandungi prebiotik khusus untuk gaya hidup sihat.

Pengarah, Ivan Lee berkata, minuman jenama ini telah mula dipasarkan pada Disember tahun 2024 bermula dengan perisa anggur dan buah pic. Seterusnya menambah perisa laici dan mula dipasarkan ke kedai serbaneka, 7elevan seluruh negara.

Pengasas bersama Tapping Tapir, Ivan Lee

“gutC dicipta khas untuk menyokong kesihatan usus, yang merupakan asas kepada 70% imuniti badan, selain dari prebiotik, ia juga mengandungi vitamin C yang tinggi dari buah-buahan yang menjadi kandungan utama minuman ini.

“Produk ini kami fokuskan bagi generasi pada masa kini terutama Gen Z yang inginkan minuman sesuai dengan gaya hidup mereka dan dalam masa mencari satu kelainan untuk menghilangkan dahaga sambil memberi kebaikan kepada badan.

“Minuman ini dilindungi dengan 1 sudu besar ACV dan inulin untuk prebiotik selain mengandungi kurang daripada 2 gram gula dan kurang daripada 15 kalori setiap tin, ia sangat sesuai bagi sesiapa yang mengammalkan pemakanan sihat setiap hari” katanya.

Tambahnya, gutC kini mengeluarkan perisa baharu, wild berry atas permintaan ramai yang inginkan minuman berperisa berry bagi kelainan rasa masam dan manis.

“Pada hari ini, kita gabungkan minuman gutC dengan sukan terkini, pickleball bagi menunjukkan ia satu minuman yang sesuai dengan aktiviti aktif setiap hari, dengan minuman berperisa buah-buahan dan turut mengandungi beberapa kebaikan, ini merupakan minuman yang patut menjadi pilihan setiap orang” ujarnya lagi.

Ivan turut menambah, buat masa ini tidak meletakkan sasaran jualan kerana memfokuskan kepada kesedaran orang ramai tentang kebaikan produk ini,

“Kita tingkatkan promosi dan memperkenalkannya kepada seluruh masyarakat dengan rangka pemasaran yang diatur, kita mahu orang ramai sedar kewujudan minuman ini dan seterusnya baru kita letakkan sasaran dari segi jualan.

Majlis pelancaran dengan tema ‘Self-Love’ dan ‘Gut Love” ini turut dipenuhi dengan latihan asas pickleball, bengkel meditasi dan pernafasan, sesi rendaman ais, dan banyak lagi. Aktiviti aktif ini juga berfungsi untuk mendidik orang ramai meluangkan masa untuk menjagakesihatan diri, kekal aktif dan berseronok.

Pertandingan kejohanan sosial bersama selebriti dan atlet pickleball profesional turut diadakan dengan penyertaan pemain pickleball 2 teratas,Toi Sieu Ee. Pertandingan ini akan menampilkan kategori Beregu Lelaki dan Beregu Campuran, dengan hadiah utama RM500 bagi setiap kategori. Bagi kategori pemenang pakaian terbaik bakal membawa pulang seutas rantai berlian, manaka dua baucar bernilai RM500 daripada Diamond & Platinum untuk naib juara.

Majlis diserikan dengan kehadiran selebriti Cik Manggis, Mark O’Dea, Luqman Hafidz, Intan Sarah, Christy Ng serta jurulatih Pickle Fox.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading