Kuala Lumpur – Jenama tekstil terkemuka negara, Jakel menghargai para pelanggan dengan membawa kesemua duta-duta jenamanya dalam satu sesi Meet & Greet yang berlangsung di gudang membeli belah utamanya disini petang ahad.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, sesi meet & greet itu dilakukan bagi menghargai para pelanggannya yang berbelanja di Jakel untuk bermesra dan bertemu selebriti kesayangan mereka.
“Sesi ini kita lakukan untuk hargai pelanggan, disamping mereka membeli belah dapatlah juga bertemu selebriti yang mereka minati dan juga menerima baucer diskaun 20% dari duta-duta jenama kami.
“Kami memperuntukkan hampir RM10 juta untuk promosi termasuk mendapatkan barisan artis popular dan pempengaruh yang akan terlibat dengan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.


“Pada tahun ini pilihan baju melayu serta baju raya sekeluarga turut dipelbagaikan dalam memenuhi citarasa pembeli. Dalam pada itu kualiti kekal menjadi keutamaan.
“Melalui faktor ini saya yakin Jakel akan menjadi pilihan,” katanya.
Mohamed Faroz turut menambah, dengan pelantikan duta-duta jenama itu yang datang dari pelbagai segmen, peningkatan sasaran jualan dijangkat meningkat sehingga 30% berbanding tahun sebelumnya.
“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” ujarnya.


Langkah strategik Jakel ini memperkukuh jenama mereka sebagai peneraju industri tekstil Malaysia, terutama dengan pelancaran koleksi yang mengutamakan reka bentuk moden, fabrik berkualiti, dan pilihan warna segar. Inovasi ini mencerminkan misi Jakel untuk terus relevan dalam dunia fesyen, tanpa mengorbankan aksesibiliti dan keterjangkauan.
“Menariknya, di Jakel anda boleh tawar menawar harga yang diberikan, langkah ini bukan sahaja membantu pelanggan menjimatkan kos tetapi juga membolehkan mereka tampil bergaya pada harga mampu milik.
“Tahun ini kami keluarkan lebih 2.5 juta pasang pakaian untuk Aidilfitri dan kami juga buka peluang pekerjaan sambilan bagi sesiapa sahaja yang mencari duit poket menjelang raya nanti” tambahnya.
Selain itu, Maybank berkerjasama dengan Jakel bagi menyediakan kemudahan pembayaran dan penjimatan melalui kad debit dan kredit disamping memenangi hadiah eksklusif. Affin Bank juga turut menyediakan kemudahan ‘Shop Now, Pay Later‘ dengan plan pembayaran mudah kadar 0% ansuran bulanan di Jakel.

Sesi Meet & Greet itu diserikan dengan kehadiran selebriti Senario, Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna serta pempengaruh Sallywho.
