3aec827d-c9b2-4370-8a3e-8805ae1cefa1

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia menganjurkan Galaxy Land di Raintree Plaza, The Exchange TRX yang berlangsung dari 22 Februari sehingga 2 Mac depan.

Ia bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk meneroka kecanggihan telefon pintar Samsung Galaxy S25 Series.

Sekaligus membuka ruang kepada pengunjung untuk menerokai fungsi canggih dan kecekapan telefon pintar itu, yang dilengkapi ciri-ciri antaranya ‘Audio Eraser’, ‘Best Face’ dan ‘Circle to Search with Google’ bagi memudahkan aktivti harian pengguna.

Malam tadi pengunjung di Galaxy Land turut teruja menyaksikan persembahan daripada artis popular tanah air seperti Dolla, Uriah dan The Dukes.

Galaxy Land yang berlangsung dari 22 Februari sehingga 2 Mac 2025 ini, jam 10 pagi sehingga 10 malam ini akan menjadi tempat wajib singgah untuk semua yang nak alami sendiri teknologi AI terbaru menerusi pelancaran peranti siri Samsung Galaxy S25!

Anda berpeluang untuk merasai pengalaman penggunaan peranti dengan teknologi AI yang lebih smart, lebih mudah, dan lebih ‘power’ dalam membantu korang buat apa saja dengan lebih efisien.

Bukan setakat tengok je, tapi korang boleh rasa sendiri kuasa AI dalam genggaman menerusi cabaran dan aktiviti menarik yang disediakan.

Selain itu, Samsung Malaysia turut memperkenalkan Galaxy AI Adventure di mana korang berpeluang melengkapkan kesemua misi yang diberikan dengan menggunakan teknologi AI terbaru bagi merebut hadiah eksklusif!

Dapatkan promosi eksklusif sehingga RM1,500 dengan setiap pembelian siri Samsung Galaxy S25.

Buat andag yang mahu menjadi yang terawal di Malaysia memiliki siri Samsung Galaxy S25, mungkin inilah tempat untuk korang mencubanya!

Sebabnya, Samsung Malaysia sedia menawarkan promosi eksklusif sehingga RM1,500 untuk setiap pembelian Samsung Galaxy S25.

Korang boleh dapatkan promosi berbaloi ini menerusi pembelian di Samsung Store seluruh Malaysia atau menerusi laman rasmi Samsung. Menarik bukan?

Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh save the date dan ajak kawan-kawan korang untuk alami sendiri kecanggihan teknologi AI di Galaxy Land! Jom kita explore masa depan sama-sama!

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading