Kuala Lumpur – UTM Hotel & Residence membawakan konsep ‘The Oasis’ dengan menyediakan juadah tradisi warisan kebangsaan hasil tangan chef yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri kulinari.
Buffet Ramadan 2025 di Residensi UTMKL berlangsung dari 3 Mac 2023 sehingga 27 Mac 2023 dengan lebih daripada 120 sajian menu yang akan dihidangkan untuk pelanggan yang berbuka puasa disini dengan harga yang berpatutan.
Pengurus Eksekutif UTM Holdings Sdn.Bhd., Ahmad Kamil Kushairi berkata, hotel ini sentiasa mengangkat makanan tradisi sebagai juadah bagi para tetamu untuk memastikan kelestarian dan keenakannya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.
“Pelbagai menu telah disusun oleh Cef Azli Ahmad dan kesemuanya dari makanan tradisi pelbagai negeri di Malaysia.
“Banyak makanan tradisi yang sesetengah dari kita tidak tahu pun kewujudannya, jadi disini kita hidangkan agar setiap orang dapat merasa dan mengenali juadah setiap negeri di negara kita” katanya.
Selain makanan tradisi, citarasa Mediterranean juga turut dihidangkan bagi mempelbagaikan juadah bufet Ramadan disini.

Tambahnya, restoran ini juga telah mendapat pengiktirafan sijil halal dan sangat sesuai bagi bufet Ramadan yang berlangsung tahun ini.
Cef Eksekutif, Azli Ahmad menambah, konsep makanan tradisi rakyat berasaskan pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak antaranya, Asam Pedas, Nasi Telipot, Nasi Dagang, Nasi Kandar Kedah, Laksa Pahang, Mi Kolok, Laksa Penang dan pelbagai kuih muih tradisional.
“Para pengunjung dapat menikmati pelbagai makanan dari negeri lain sambil mengenali nama-nama menu tersebut.
“Diharap para pengunjung memilih berbuka puasa disini dengan hidangan juadah yang pelbagai bersama keluarga” ujarnya.
Turut hadir dalam sidang media, Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd, Dato’ Dr.Mohd Shahril Bin Abdullah.
Sempena bulan Ramadan ini, UTM hotel juga menjalan kan promosi pakej penginapan termasuk bufet berbuka puasa dan sahur pada harga RM400+ bagi unit apartment 2 bilik dan RM300 bagi pakej studio.
Hotel yang terletak di Jalan Maktab berdekatan dengan beberapa destinasi popular terkenal di Kuala Lumpur seperti Kampung Baru dan juga KLCC kini memiliki kadar penginapan sekitar 70 peratus setiap bulan.

Premis yang memiliki 500 unit bilik itu terbahagi kepada 300 unit disewakan kepada pelajar antarabangsa dan ekspatriat pada kadar bulanan serendah RM1,200 manakala baki 200 unit bilik lagi ditawarkan kepada umum untuk bercuti bersama keluarga pada harga serendah RM180 semalam.
Ia boleh ditempah di platform percutian online popular.
Bagi pakej bufet berbuka puasa sahaja, pakej yang ditawarkan adalah RM78 (early bird) sehingga 10 Mac manakala RM48 untuk kanak-kanak.
