8b12388e-fbb5-471a-b7d0-3f3e8bc13b7f

Bangi – Hotel Tenera sering menjadi pilihan pengunjung apatah lagi apabila Buffet Ramadan kali ini yang menyajikan lebih 200 hidangan masakan kampung bertemakan ‘Serantau Desa’.

Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, hidangan warisan Melayu ini mampu menjadi tarikan ramai yang menggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka berpuasa di desa.

Pada masa sama, katanya, kesemua menu bufet yang disediakan mementingkan sajian yang sedap selain suasana selesa dan harga berpatutan buat pengunjung.

“Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazar Ramadan dengan bertemakan dekorasi ala balik kampung kerana terdapat lebih 40 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai.

“Keistimewaan tahun ini, kita hiasi ruang masuk dengan deko plaza tol bagi memberi rasa seolah-olah perjalanan pulang ke desa, serta papan tanda lebuh raya pada laluan ke gerai makanan yang menambahkan lagi kemeriahan berbuka puasa disini.

“Antara menu yang kami sediakan termasuk Nasi Dalca Lutut Kmabing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘Mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Coq Langgar Padang Merdeka, Tempe Madorah, Teh Chai dan Kopi Gantung.

“Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dilupakan adalah Kari Kepala  Ikan Salmon Jawa, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan pelbagai lagi” katanya dalam sidang media selepas iftar disini.

Sementara itu, jelasnya lagi tahun ini Hotel Tenera menampilkan kelainan dengan menjamu para tetamu hidangan durian Musang King setiap hari yang pastinya menjadi tarikan utama berbuka puasa disini.

“Kami menempah hampir 5 tan durian Musang King dari pembekal tempatan dan menjamu para tetamu dengan 200 kilogram durian ini setiap hari, dan yang pastinya kami sajikan kualiti terbaik bersesuaian dengan harga yang ditawarkan” uajarnya lagi.

Fadzly menambah, menu hasil air tangan eksekutif cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul memberikan keunikan dan keaslian sekali gus melayakkan Hotel Tenera menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ untuk lima tahun berturut-turut dari Gastronomy Association of Malaysia.

Hotel Tenera juga telah dinaik taraf kepada 5 bintang pada Mei 2024 dan bersedia memberikan servis terbaik buat para tetamu.

Harga yang ditawarkan adalah RM158 seorang bagi dewasa dan RM78 bagi kanak-kanak. Bufet Ramadan ini berlangsung dari 3 Mac sehingga 29 Mac di Grand Ballroom yang boleh menempatkan hampir 900 tetamu.

Bagi pakej penginapan pula, RM390 untuk bilik superior (2hari 1 malam) termasuk Bufet Ramadan dan sahur 2 orang. Manakala, RM720 untuk Suite 2 bilik tidur (2 hari 1 malam) termasuk Bufet Ramadan dan sahur 4 orang.

Untuk tempahan Bufet Ramadan dan bilik penginapan boleh hubungi talian 03-89299600 atau Whatsapp 019-3854796 dan 019-2331796.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading