Selepas diumumkan di peringkat antarabangsa pada awal Mac, kini tiga peranti siri Samsung Galaxy A baru, Galaxy A56, A36 dan A26 akhirnya telah rasmi dilancarkan di Malaysia. Ia membawakan beberapa peningkatan termasuk sistem kamera lebih baik, pengecasan lebih pantas, cip lebih baru dan menerima kemas kini OS lebih panjang sebanyak 6 kali.
Malah, siri Galaxy A 2025 ini juga tampil dengan ciri AI terkini yang dikenali sebagai Awesome Intelligence.

Siri Galaxy A 2025 tersedia untuk didapatkan di Malaysia sekarang. Sebagai sebahagian daripada promosi pelancarannya, dari 18 Mac hingga 31 Mac, Samsung juga menawarkan baucar bernilai RM100, naik taraf storan 2 kali ganda bernilai RM200, lanjutan waranti 1 tahun bernilai RM129 dan penjimatan sehingga 30% untuk pembelian dengan peranti Galaxy atau aksesori Samsung lain.


Terdapat dua varian yang ditawarkan bagi setiap model dalam siri A terbaru ini dan berikut adalah harga jualan siri Galaxy A 2025 di Malaysia selepas rebat:
- Galaxy A56 5G (RAM 8GB dan storan 128GB) –Â
RM1,999 RM1,799 - Galaxy A56 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) –
RM2,199RM1,999 - Galaxy A36 5G (RAM 6GB dan storan 128GB) –
RM 1,499RM1,299 - Galaxy A36 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) –
RM1,699RM1,499 - Galaxy A26 5G (RAM 6GB dan storan 128GB) –
RM1,199RM999 - Galaxy A36 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) –
RM1,399RM1,199

Jika berminat, anda boleh dapatkan ketiga-tiga model dalam siri A ini menerusi stor online Samsung.
Spesifikasi Galaxy A56, Galaxy A36 dan Galaxy A26
Samsung Galaxy A56 5G
Model paling tinggi di dalam siri baharu ini memperkenalkan beberapa naik taraf utama seperti sokongan pengecasan berwayar 45W. Ia merupakan model pertama di kalangan siri Galaxy A yang menawarkan sokongan ini.
Pemprosesan Samsung Exynos 1580 juga diperkenalkan buat pertama kalinya pada Galaxy A56 5G, menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 37% berbanding model sebelumnya. Ia mempunyai CPU 2.9GHz, GPU berasaskan AMD dengan 2x WGP, dan NPU dengan 14.7 TOPS (Tera Operations Per Second). Untuk RAM pula, ia hanya ditawarkan dengan konfigurasi 8GB sahaja.

Paparannya ditampilkan dalam bentuk Super AMOLED 6.7-inci beresolusi Full HD+, kecerahan puncak 1,900 nits, dan perlindungan kaca Gorilla Glass Victus+. Rekaannya nipis berketebalan 7.4mm dan menampilkan modul kamera yang diperhalusi tanpa lensa yang tersembul.
Sistem kameranya masih lagi kekal sama yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8, kamera ultra lebar 12MP f/2.2 dan lensa makro 5MP f/2.4. Untuk kamera hadapan pula, ia mempunyai sensor 12MP f/2.2.
Samsung Galaxy A36 5G
Dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 6 Gen 3, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 5MP. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto.
Kamera belakangnya terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.8 dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 5MP f/2.4. Kamera hadapannya telah dinaiktaraf kepada sensor 12MP, manakala rakaman videonya untuk kamera hadapan dan belakang telah dinaiktaraf kepada HDR (10-bit sehingga 4K pada 30 fps).

Galaxy A36 mempunyai bateri 5,000mAh, dan juga menyokong pengecasan 45W. Pengecasannya untuk tempoh 30 minit mampu memenuhkan sehingga 66% dan untuk mengecas sehingga penuh, ia mengambil masa 68 minit. Ia dilancarkan dengan Android 15 melalui One UI 7 yang menyokong naik taraf OS sebanyak enam kali dan kemaskini keselamatan sehingga 6 tahun. Ciri-ciri Ai seperti Circle to Search, dan Object Eraser turut disediakan.
Samsung Galaxy A26 5G
Juga sekali lagi dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Exynos 1380, memori sehingga 8GB RAM, dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W berwayar. Kamera utama pula terdiri daripada sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera 13MP digunakan untuk swafoto.
Tidak seperti A56 5G dan A36 5G, model ini menyediakan dulang kad mikroSD. Ia menggunakan Android 15 berasaskan One UI 7. Dari segi perisiannya, ia menyokong naik taraf OS sehingga enam kali dan enam tahun kemaskini keselamatan.

Paparannya juga sama dengan model yang lain iaitu OLED 6.7-inci beresolusi Full HD+. Cuma bezanya ia mempunyai takuk pada atasnya yang berbanding rekaan berpenebuk lubang pada model-model lain siri ini untuk menempatkan kamera hadapan 13MP. Kamera ini bagaimanapun tidak menyokong rakaman video HDR. Di belakangnya pula mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP, dan kamera makro 2MP.
Samsung telah menyediakan penambahbaikan pada badan A26 dengan mengurangkan ketebalan dari 8.3 mm kepada 7.7 mm. Pun begitu, beratnya telah meningkat sedikit kepada 200g. Ia kini mempunyai penarafan IP67 untuk kerintangan debu dan air, sama seperti A36 dan A56. Baterinya sama 5,000mAh, namun pengecasannya terhad pada 25W sahaja.
Di Malaysia harga jualan ketiga-tiga peranti kelas pertengahan ini adalah seperti di bawah. Harga promosi akan ditawarkan dari 8 hingga 31 Mac 2025.
| Model | RAM + Storan | Harga | Harga Promosi | Warna | Promosi |
| Galaxy A26 5G | 6+128GB | RM 1,199 | RM999 | Black Mint Peach Pink | e-voucher RM100 Ganda storan bernilai RM200 Jaminan 1 tahun bernilai RM129 Potongan 30% dengan pembelian Galaxy Watch, Buds, Tablet atau aksesori |
| 8+256GB | RM 1,399 | RM1,199 | |||
| Galaxy A36 5G | 6+128GB | RM 1,499 | RM1,299 | Awesome Lavender Awesome Black Awesome White Awesome Lime | |
| 12+256GB | RM 1,699 | RM1,499 | |||
| Galaxy A56 5G | 8+128GB | RM 1,999 | RM1,799 | Awesome Lightgray Awesome Graphite Awesome Olive Awesome Pink | |
| 12+256GB | RM 2,199 | RM1,999 |
