ff5f151c-e170-4692-ae47-5e27e02bf80a

Shah Alam – DMS Motor, syarikat yang terkenal dengan perkhidmatan pembiayaan kenderaan tanpa riba menyantuni kira-kira 500 anak-anak tahfiz dan anak yatim dalam majlis ‘Raikan Ramadan 2025’ yang berlangsung di ibu pejabat syarikat itu disini malam tadi.

Program ini merupakan inisiatif syarikat untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat, terutamanya asnaf , anak tahfiz dan anak yatim bertujuan mencari keberkatan di bulan Ramadan disamping berkongsi rezeki pada yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas DMS Motor, Datuk Salim Rahman berkata, program ini telah dimulakan sebelum Ramadan lagi dengan beberapa aktiviti kebajikan, termasuk sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Untuk hari ini, kita raikan anak tahfiz dan anak yatim dari 5 buah pusat tahfiz dan rumah kebajikan dengan majlis berbuka puasa dan menyumbang barangan asas serta bantuan kewangan.

“InsyaAllah, kami akan perluaskan program amal seperti ini bukan sahaja di Lembah Kelang namun di kawasan lain juga.

Jelasnya lagi, Sebagai sebahagian daripada inisiatif sosial, DMS Motors turut menjemput lebih 200 anak-anak tahfiz dan 80 anak yatimdari beberapa pusat tahfiz dan rumah anak yatim terpilih. Anak-anak ini diberi penghormatan untuk memimpin bacaan doa dan tazkirah, selain menikmati jamuan berbuka puasa bersama para tetamu dan pelanggan syarikat.

Selain itu, syarikat juga menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya, serta barangan keperluan yang bernilai hampir RM50,000.

Antara pusat Tahfiz yang terlibat antaranya; Academy Muslimin Centre, Tahfiz Darul Ulum, Tahfiz Ummu Waraqah, Tahfiz Zaid bin Thabit dan ⁠Pondok Motivasi Hamlatul Quran.

DMS Motors juga turut memperkenalkan program sosial jangka panjang, “DMS Care Program”. Program ini bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak tahfiz dan anak yatim yang berpotensi tinggi. Sebahagian daripada keuntungan syarikat akan disalurkan untuk membiayai pendidikan mereka, sekaligus membantu mencipta peluang untuk masa depan yang lebih baik.


“Salah satu langkah yang kami ambil adalah menawarkan latihan industri dalam bidang automotif kepada anak-anak tahfiz dan yatim, bagi membentuk generasi belia yang berilmu dan berdaya saing,” tambahnya.

Syarikat ini menawarkan pembiayaan in-house yang memudahkan urusan pembelian okenderaan, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji atau rekod kewangan yang tetap.

“Kami membantu mereka yang mungkin sukar mendapatkan pinjaman dari bank. Dengan sistem sewa beli, pelanggan boleh memiliki kenderaan selepas tamat tempoh kontrak tanpa perlu membayar riba,” jelasnya.

Selain itu, DMS Motor juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti bengkel kereta, perkhidmatan towing dan pusat detailing kenderaan.

Selain inisiatif sosial, DMS Motors juga memfokuskan usaha untuk memperluaskan rangkaian import kereta mewah. DMS Motors komited untuk membawa masuk lebih banyak model kereta berprestij seperti muscle cars dari Amerika Syarikat dan model eksklusif dari Eropah yang sukar didapati di pasaran tempatan.

Sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan mereka, DMS Motors juga merancang untuk membuka DMS Exclusive Lounge di Pusat Bandar Kuala Lumpur, menyediakan pengalaman membeli kereta mewah yang lebih premium dan eksklusif.

DMS Motor komited untuk terus membantu masyarakat melalui program kebajikan. Syarikat ini percaya bahawa kejayaan perniagaan perlu seiring dengan tanggungjawab sosial.

Turut hadir, selebriti Sofi Jikan memriahkan majlis dan membantu menyampaikan bantuan.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading