c1_2988841

Kuala Lumpur – AirAsia menawarkan lebih 663,000 jumlah kapasiti tempat duduk bagi penerbangan domestik sepanjang tempoh perayaan ini dari 26 Mac hingga 6 April 2025 ini.

Tawaran tersebut melibatkan lebih 100 penerbangan termasuk 16,000 tempat duduk dengan tambang tetap untuk 11 destinasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

AirAsia dalam kenyataanya berkata, tetap berusaha untuk tempat duduk bagi perjalanan balik kampung sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan tambang berpatutan.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran operasi, AirAsia tetap bersedia dan komited untuk menawarkan penerbangan ini untuk semua.

Sementara itu, AirAsia turut menambah kakitangan operasi antara 30 Mac dan 1 April 2025 bagi melancarkan perjalanan operasi sepanjang penerbangan musim perayaan.

Seramai 1,226 juruterbang akan bertugas dari 5 hab domestik Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang. Manakala, 110 jurutera dan 457 juruteknik dan 2,264 kru kabin juga ditugaskan dari 5 hab domestik yang sama.

Para tetamu yang akan membuat perjalanan pada musim perayaan ini digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh penerbangan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki pesawat.

Turut disarankan untuk tiba sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi memastikan semua urusan perjalanan berjalan lancar semasa tempoh puncak ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading