KUALA LUMPUR – Individu yang menjalankan perniagaan wajib melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun mereka mengalami kerugian.
Ketua Penolong Pengarah LHDN Kuala Lumpur, Syed Mohd Syukree Syed Mohd Kamil berkata, ramai pembayar cukai menganggap mereka tidak perlu melaporkan pendapatan jika mengalami kerugian sedangkan itu adalah tanggapan yang salah.
“Rugi dalam perniagaan adalah perkara biasa. Tak kira untung atau rugi, anda tetap wajib hantar dan laporkan pendapatan setiap tahun. Jangan risau kalau perniagaan rugi, tidak semestinya anda kena cukai.

Bagi memudahkan urusan penghantaran laporan pendapatan itu setiap tahun, beliau menyarankan rekod percukaian perniagaan disimpan sekurang-kurangnya tujuh tahun termasuk penyata kewangan perniagaan, penyata bank, rekod keluar masuk wang tunai, invois pembekal dan invois jualan kepada pelanggan.
“Untuk perbelanjaan yang boleh dituntut pula, hanya perbelanjaan yang benar-benar berkaitan secara langsung dengan perniagaan sahaja yang dibenarkan. Oleh itu, anda perlu bijak membezakan antara perbelanjaan perniagaan dan perbelanjaan peribadi supaya tidak melakukan kesalahan semasa menghantar dan melaporkan pendapatan anda,” katanya.
Syed Mohd Syukree menjelaskan dengan mematuhi kewajipan melaporkan pendapatan, seseorang individu dapat meningkatkan imej dan reputasi perniagaan mereka di mata pelanggan, pelabur dan pihak berkuasa kerana menunjukkan komitmen menjalankan perniagaan mengikut undang-undang percukaian.
Selain itu, mereka akan lebih mudah memperoleh insentif dan pengecualian cukai daripada kerajaan termasuk insentif pelaburan dalam sektor tertentu, bantuan penyelidikan dan pembangunan, serta kemudahan untuk pemilik perniagaan kecil dan sederhana.
“Pembayaran cukai yang teratur juga memberi peluang kepada kerajaan untuk menyediakan sokongan kepada perniagaan, seperti program latihan, pembiayaan mikro dan bantuan teknikal yang dapat membantu perniagaan berkembang dan lebih berdaya saing,” katanya. – Bernama