212bbb81-b5b4-4937-8783-022cffd36902

Honor kini mengesahkan bahawa siri 400 akan memasuki pasaran Malaysia. Lebih menarik apabila Malaysia menjadi antara negara terawal menerima peranti ini sekaligus mendahului China yang lazimnya mendapat akses lebih awal semasa pelancaran.

HONOR 400 Series menampilkan pendekatan reka bentuk yang diinspirasikan daripada unsur alam semula jadi. Dengan bentuk yang nipis dan ringan, kedua-dua model menawarkan pengalaman genggaman yang selesa serta penampilan yang bergaya.

Penggunaan istilah “siri” menandakan bahawa lebih daripada satu model akan ditawarkan, yang berkemungkinan terdiri daripada versi standard dan pro.

Selain itu, siri 400 dijangka menawarkan peningkatan ketara berbanding siri 200, yang sebelum ini pernah menjadi pilihan kami untuk nilai terbaik bagi kategori peranti pertengahan.

HONOR 400 Series juga dilengkapi dengan teknologi AI terkini yang semakin pintar, membantu pengguna mendapatkan hasil visual yang lebih memukau dan penyuntingan kandungan yang lebih mudah.

Siri ini turut menyokong pelbagai alat AI yang  membantu dalam proses suntingan dan penghasilan kandungan visual:

  • AI Eraser: Menghapuskan objek tidak diingini dari gambar.
  • AI Cutout: Mengasingkan subjek utama untuk suntingan kreatif.
  • AI Outpainting: Memperluaskan gambar di luar bingkai asal.

Peranti ini juga dijangka memberi tumpuan utama kepada keupayaan kamera, menjadikannya lebih menarik bagi pengguna yang mengutamakan fotografi potret.

Dari segi reka bentuk, HONOR 400 Pro hadir dengan tiga kamera dan akan ditawarkan dalam warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.

Model standard menampilkan dwi-kamera dan ditawarkan dalam Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.

Maklumat lanjut mengenai pelancaran rasmi dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading