27070939

Kuala Lumpur – Scoot, anak syarikat tambang rendah Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan peningkatan kekerapan penerbangan dan kapasiti penumpang bagi menyokong permintaan tinggi bagi perjalanan udara dalam beberapa bulan akan datang.

Mulai 6 Jun 2025, penerbangan ke Bandar Iloilo ditingkatkan dari dua kepada empat kali seminggu, manakala penerbangan ke Cebu akan meningkat dari tujuh kepada sepuluh kali seminggu bermula 24 Jun 2025. Mulai 30 Ogos 2025, penerbangan ke Davao akan meningkat kepada 12 kali seminggu, peningkatan dari sembilan kali seminggu sebelumnya.

Mulai 4 Ogos 2025, kekerapan penerbangan ke Perth akan meningkat kepada 14 kali seminggu, berbanding 12 kali seminggu sebelum ini. Kekerapan ke Sydney bakal meningkat kepada 14 kali seminggu mulai 5 Oktober 2025, berbanding 10 kali seminggu sebelumnya.

Scoot juga akan meningkatkan perkhidmatan ke Koh Samui dari 21 kali kepada 25 kali seminggu mulai 24 Jun 2025. Selain itu, perkhidmatan ke Taipei dan Seoul (melalui Taipei) akan meningkat dari lima kali seminggu kepada perkhidmatan harian mulai 2 Ogos 2025.

Sejak 30 Mac 2025, Scoot telah meningkatkan perkhidmatan ke pelbagai bandar di Indonesia termasuk Jakarta dengan 25 kali penerbangan seminggu, peningkatan dari 19 penerbangan mingguan sebelumnya. Syarikat penerbangan ini turut meningkatkan kapasiti penumpang ke Bali, kini beroperasi menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner bagi semua perkhidmatan 21 kali seminggu. Kapasiti penumpang ke Yogyakarta juga telah meningkat dengan Scoot beroperasi menggunakan pesawat Airbus A321 untuk semua penerbangan tujuh kali seminggu ke bandar tersebut. Sejak 30 Mac juga, kapasiti penumpang ke Taipei dan Tokyo (melalui Taipei) meningkat dengan pesawat Boeing 787 Dreamliner Scoot beroperasi bagi semua penerbangan 12 kali seminggu. Sejak 15 April 2025, kekerapan ke Phu Quoc telah meningkat dari lima ke enam kali seminggu.

Jadual penerbangan adalah tertakluk kepada kelulusan atau pertukaran oleh kerajaan dan badan berkanun. Scoot kekal komited dalam menambah baik rangkaian dan ketersambungan perkhidmatan. Syarikat penerbangan ini akan kekal tangkas, melakukan semakan laluan berkala dan melaraskan kapasiti dengan permintaan bagi perjalanan udara dan keperluan pengembara yang berkembang.

Tambang promosi masa terhad ke destinasi terpilih kini tersedia di laman web dan aplikasi mudah alih Scoot. Ikuti kami di media sosial dan langgan surat mingguan Scoot untuk menerima maklumat mengenai promosi terkini.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan atau tempahan perjalanan anda yang
seterusnya, layari www.flyscoot.com.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading