51747805160_TBAsean

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di Selangor akan ditutup secara berperingkat bagi memastikan kelancaran serta keselamatan pergerakan pemimpin dan delegasi bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 25 dan 26 Mei ini.

Bagi pergerakan delegasi melalui Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, ia melibatkan laluan TUDM Subang-Jalan Monford-Lebuhraya GCE, Plaza Tol Shah Alam-Lebuhraya NKVE, susur keluar Kilometer (KM) 22 NKVE-Lebuhraya Utara Selatan dan sempadan Selangor-Kuala Lumpur (KM 25.1 Pintu Gerbang).

“Laluan akan dibuka semula secara berperingkat sebaik sahaja konvoi delegasi melepasi setiap susur yang terlibat, namun tumpuan penutupan penuh hanya di pusat bandar raya menghala ke tempat persidangan, iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Hussein menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

— BERNAMA

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading