MKT_SocRates_Lifestyle Image_Rates_Silver_EN_JPG_20250429

HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan jam tangan pintar baharu iaitu HUAWEI WATCH 5. Ia menampilkan pelbagai fungsi kesihatan terkini seperti Multi-sensing X-TAP bagi bantu anda jalani gaya hidup sihat, serta memudahkan tugasan harian.

Jam tangan ini ditawarkan dalam dua varian utama iaitu HUAWEI WATCH 5 42mm dan HUAWEI WATCH 46mm. Untuk varian 42mm, ia ditawarkan dalam pilihan warna Sand Gold dan Beige, manakala untuk 46mm hanya ditawarkan dalam warna ungu sahaja. Kedua-duanya menggunakan besi tahan karat 904L, namun varian 46mm sahaja menggabungkan material perak bertaraf aeroangkasa.

Selain itu, ia juga ditawarkan dalam varian besi tahan karat 316L untuk mereka yang inginkan reka bentuk lebih kompak. Kacanya pula dibuat daripada spherical sapphire glass yang kukuh. Tali jamnya terdiri daripada tiga pilihan iaitu titanium, fluoroelastomer dan bahan komposit yang menyerupai kulit.

Satu teknologi baru yang terdapat pada jam tangan ini adalah Multi-sensing X-TAP Technology yang menggabungkan electrocadiogram (ECG), photoplethysmography (PPG) dan tactile sensor ke dalam aliran yang lebih kemas, membuatkannya lebih tepat berbanding jam lain yang sekadar menggunakan imbasan pergelangan tangan.

Dengan menekan lama pada sensor X-TAP selama tiga saat, pengguna boleh mulakan penilaian kesihatan lengkap yang melaporkan 10 metrik penting seperti keragaman kadar degupan jantung (Heart Rate Variability), kesihatan emosi dan tahap oksigen dalam darah. Penilaian ini boleh dilakukan dalam 60 saat sahaja.

Ia juga mempunyai fungsi ukuran fingertip blood oxygen (SpO2) yang menyediakan keputusan tepat setiap 10 saat.

Untuk panggilan telefon, ia menyokong fungsi eSIM bagi memudahkan penggunaan tanpa telefon sewaktu membuat panggilan. Ia juga dilengkapi bateri yang boleh digunakan dalam dua mod iaitu Standard (4.5 hari untuk model 46mm dan 3 hari untuk model 42mm) atau Battery Saver (11 hari untuk model 46mm dan 7 hari untuk model 42mm).

Berikut adalah harga HUAWEI WATCH 5 untuk pasaran Malaysia:

  • 42mm, besi 316L, putih: RM1,799
  • 42mm, besi 904L, beige: RM1,999
  • 42mm, besi 904L, sand gold: RM2,699
  • 46mm, besi 316L, hitam: RM1,799
  • 46mm, titanium, ungu: RM1,999
  • 46mm, titanium, perak: RM2,699

Pra-tempahan kini dibuka di laman web rasmi HUAWEIShopeeLazada dan TikTok Shop. Jika anda meletakkan deposti RM50, anda boleh dapatkan rebat sehingga RM70, fon telinga wayarles FreeBuds 5, akses Health+ selama tiga bulan dan hadiah percuma bernilai RM746.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading