WhatsApp-Image-2025-05-27-at-20.10.43_ccd1927d

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1446 Hijrah jatuh pada 29 Mei.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1446 Hijrah adalah pada 29 Mei 2025.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah padaSabtu, 7 Jun 2025,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading