SEJAK pandemik saya lebih selesa membeli pelbagai produk dalam talian. Powerbank, pengecas, keropok baby, makanan kucing, kerangka, dan produk kecantikan telah dibeli tanpa sebarang isu.
Tetapi membeli baju masih lagi dipenuhi pelbagai pancaroba kerana yang cantik di badan model tak sama di atas badan saya yang mirip seekor Bos gaurus.
Di Google I/O pagi tadi, Google melancarkan ciri baharu Try It On yang membolehkan baju yang ingin dibeli dipakaikan pada tubuh dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Ciri ini boleh diuji menerusi Search Labs hari ini dan pengguna hanya perlu memuat naik gambar keseluruhan tubuh dalam ruang yang terang.
Apabila anda menemukan pakaian yang ingin dicuba di Google Search, tekan butang Try In On untuk ia dipakaikan pada gambar anda yang telah dimuat naik.
Ciri ini masih dalam fasa ujian dan belum boleh diakses pengguna Search Labs di Malaysia pada ketika ini.
