81748414461_RafiziRamli

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau akan menghabiskan baki cuti tahunannya bermula hari ini sehingga 16 Jun 2025.

“Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri,” katanya.

Spekulasi mengenai peletakan jawatan Rafizi berlegar selepas sejak Pemilihan PKR 2025 yang berlangsung pada 23 Mei lalu, di mana beliau gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kekalahannya dalam Pemilihan PKR bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.

“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baharu yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.

“Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan,” katanya.

Beliau dalam pada itu, mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepadanya sepanjang menjawat jawatan Menteri Ekonomi.

“Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.

“Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, amanah terakhir sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.

“RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan.

“Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pengamal media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang beliau menjadi Menteri Ekonomi.

“Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan,” katanya.

@rafiziramli

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025. Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan. Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan. Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam. Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya. RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri. Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi. Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan. ๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ 28 Mei 2025 #rafiziramli #kementerianekonomi #peletakanjawatan

โ™ฌ original sound – Rafizi – Rafizi

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading