Untitled

ChatGPT sebelum ini telah memperkenalkan sokongan bertanyakan sesuatu perkara terus melalui WhatsApp, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan atau bertanyakan sesuatu perkara melalui aplikasi permesejan popular berkenaan.

Kini, melalui kemas kini terbaru ChatGPT untuk WhatsApp, ciri janaan imej turut diperkenalkan. Dengan langkah ini, sesiapa sahaja boleh meminta ChatGPT jana gambar terus melalui WhatsApp.

Seperti biasa, selepas meminta ChatGPT menjana gambar, ia akan mengambil masa seketika, dan seterusnya menghantar gambar kepada pengguna.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh menambah ChatGPT, dengan menambah nombor telefon 1-800-242-8478.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading