3 (1)

Pentas Tenaga MILO®, sebuah platform khusus untuk menginspirasikan golongan belia Malaysia secara fizikal dan mental kini kembali dengan lebih tenaga dan penuh inspirasi, buat tahun kedua. Tahun ini, MILO® membawa pentas ini ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), membekalkan tenaga kepada lebih ramai pelajar universiti tempatan untuk tampil dengan “Tenaga untuk Berani” (Energy to be Courageous), mengukuhkan komitmen sekian lama MILO® untuk terus menyokong nutrisi juara muda dan menginspirasikan mereka dengan nilai teras kehidupan.


Melalui inisiatif ini, MILO® bekerjasama dengan tokoh industri terkemuka dan tokoh pelajar dari UKM dan UNITEN untuk berkongsi kisah sebenar kehidupan mereka, selari dengan misi MILO® untuk terus menginspirasikan generasi belia yang berani untuk membina impian besar, mengharungi halangan dan menyokong satu sama lain.


“Selama 75 tahun MILO® telah memainkan peranan penting dalam memupuk generasi pelapis Malaysia bukan sahaja melalui nutrisi tetapi juga dengan komitmen berterusan dalam menyokong perkembangan mereka sepanjang p erjalanan hidup,” kata Ng Su Yen, Pegawai Perniagaan Eksekutif MILO®. “Melalui Pentas Tenaga MILO®, kami ingin terus mendorong dan menginspirasikangolongan belia untuk terus mengejar cita-cita mereka.”


Program pertama yang berlangsung di UKM telah berjaya menyemarakkan semangat dalam kalangan 220 pelajar dan memaparkan barisan personaliti penuh inspirasi, termasuk selebriti popular tempatan dan wakil pelajar UKM.


Antara personaliti yang hadir termasuk:
Nadhir Nasar
Pelakon dan pengarah filem popular Malaysia, membicarakan cara-cara menangani risiko kreatif dalam industri hiburan Malaysia

Erysha Emyra
Pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan pemenang anugerah ‘Artis Baharu Wanita Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian, berkongsi pengalaman beliau dalam melangkah keluar dari bayang-bayang ibunya dan menempa nama untuk dirinya sendiri.

Al-Amin
Pelajar Sarjana Muda tahun kedua UKM dan pemenang Anugerah Usahawan Bazar Ramadhan Terbaik berkongsi rahsia kejayaan beliau dalam menguruskan tiga perniagaan kecil semasa pengajian.

Nuraliya Natasha
Atlet seni silat yang berkongsi bagaimana beliau kekal cemerlang dalam bidang akademik tatkala bergiat aktif dalam bidang kepimpinan dan Kelab Ekonomi.

Program ini lebih daripada sekadar sebuah perkongsian bermakna; MILO® turut berinteraksi dengan para pelajar melalui pelbagai aktiviti. Antara aktiviti tersebut termasuklah 5,000 cawan MILO® dari Trak MILO® yang ikonik dan aktiviti membalikkan tayar, di mana para pelajar dicabar secara berkumpulan atau secara individu untuk membalikkan tayar yang tertera dengan perkataan negatif kepada perkataan positif. Ini melambangkan kekuatan mental dan fizikal yang diperlukan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi.

Pentas Tenaga MILO® akan terus membekalkan tenaga kepada para pelajar di UNITEN pada bulan Julai di mana MILO® akan memeriahkan lagi program dengan kehadiran atlet-atlet terkemuka Malaysia. Individu yang berminat untuk mengambil bahagian boleh melayari https://www.milo.com.my/happenings atau ikuti saluran rasmi Facebook dan Instagram MILO® Malaysia untuk maklumat terkini mengenai sesi akan datang.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading